May 29, 2011

ANGGUR : HAMPIR 2 BULAN

Selain Mini Tomato yang sedang berbuah,RiverOrchAgro juga sedang cuba menanam anggur di MyHaLAMAN.Untuk anggur kaedah penanamannya adalah secara manual baik pemberian baja atau siraman airnya.Baja organik cacing dan siraman air biasa sahaja setakat ini.Lepas ini jika pokok mini tomato sudah sampai masa untuk dihapuskan,mungkin kaedah siraman akan diganti menggunakan timer.

Setakat hari ini sudah hampir masuk 2 bulan selepas RiverOrchAgro terima dan pindah anak pokok.Pada awalnya anak pokok yang dibeli adalah sebanyak 2 pokok dari variety Alphonso Lavelle dan Black Opal.Hanya   Alphonso Lavelle yang bertahan kerana Black Opal telah mati.Mungkin semasa pindah, dahan utama anak pokok telah patah dan akar Black Opal telah tertanggal dan menyebabkannya gagal untuk membesar.

Oleh kerana hendak juga mencuba dari variety Black Opal, minggu berikutnya RiverOrchAgro telah mendapatkan 2 lagi anak pokok Black opal dari pembekal yang lain.

Alphonso Lavelle dan Black Opal di MyHaLAMAN seperti di bawah.
Alphonso Lavelle
Black Opal yang lewat seminggu juga sudah hampir mencecah palang
Satu lagi Black Opal masih belum berkembang baik.Macam sudah terkene penyakit akibat selalu tempias hujan. Masih  dibiarkan dengan beberapa cabang.
Alphonso Lavelle sudah mencabai palang.Kombinasi dengan mini tomato.Nampak macam pokok anggur sudah berbuah.
3 pokok anggur di tepi mini tomato.
Anggur variety Pione di Japan.Kalau MyHaLAMAN boleh jadi macam ni,  kan  ke best tu.

1 comments:

Hamizah June 11, 2011 at 10:00 PM  

bestnya klau dpt ttanaman yg berhasil..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP