October 10, 2009

TAMAT PERCUBAAN PERTAMA.

Hari ini sudah tamat percubaan di tapak kedua.Kerja kerja pembersihan dan pembaikan akan dilakukan dalam masa terdekat.Secara keseluruhan percubaan pertama di tapak kedua ini,boleh dikatakan tidak dilakukan dengan perancangan yang teratur.

Bermula dari penyediaan tapak,semaian benih dan pindahan dilakukan agak tergesa gesa kerana perlu disiapkan sebelum bulan puasa tempoh hari. Penjagaan pokok diteruskan juga kerana hendak melihat rentak cili jenis F1 151 ini. Pemasangan pancang pokok juga tidak sempat dilakukan menjadikan banyak pokok yang patah dahannya,sekaligus pokok tidak membesar dan berbuah dengan sempurna.Buah cili 151 kesemuanya dituai dalam keadaan hijau matang dan dijual ke kedai berdekatan.Dapat juga sekilo RM5.Percubaan pertama ini yang dianggap percubaan 'psikologi' ,boleh dikatakan berbaloi kerana banyak ilmu dan pengajaran dapat ditimba sepanjang tempoh tersebut.

Pelajaran dari percubaan kali ini akan digunakan untuk percubaan kali kedua selepas ini.Penambahbaikan akan dilakukan pada perkara perkara tertentu.

Sehingga itu,perkembangan di tapak kedua ini akan dihentikan sementara.

Cili F1 151 memang pedas.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP