May 29, 2011

ANGGUR : HAMPIR 2 BULAN

Selain Mini Tomato yang sedang berbuah,RiverOrchAgro juga sedang cuba menanam anggur di MyHaLAMAN.Untuk anggur kaedah penanamannya adalah secara manual baik pemberian baja atau siraman airnya.Baja organik cacing dan siraman air biasa sahaja setakat ini.Lepas ini jika pokok mini tomato sudah sampai masa untuk dihapuskan,mungkin kaedah siraman akan diganti menggunakan timer.

Setakat hari ini sudah hampir masuk 2 bulan selepas RiverOrchAgro terima dan pindah anak pokok.Pada awalnya anak pokok yang dibeli adalah sebanyak 2 pokok dari variety Alphonso Lavelle dan Black Opal.Hanya   Alphonso Lavelle yang bertahan kerana Black Opal telah mati.Mungkin semasa pindah, dahan utama anak pokok telah patah dan akar Black Opal telah tertanggal dan menyebabkannya gagal untuk membesar.

Oleh kerana hendak juga mencuba dari variety Black Opal, minggu berikutnya RiverOrchAgro telah mendapatkan 2 lagi anak pokok Black opal dari pembekal yang lain.

Alphonso Lavelle dan Black Opal di MyHaLAMAN seperti di bawah.
Alphonso Lavelle
Black Opal yang lewat seminggu juga sudah hampir mencecah palang
Satu lagi Black Opal masih belum berkembang baik.Macam sudah terkene penyakit akibat selalu tempias hujan. Masih  dibiarkan dengan beberapa cabang.
Alphonso Lavelle sudah mencabai palang.Kombinasi dengan mini tomato.Nampak macam pokok anggur sudah berbuah.
3 pokok anggur di tepi mini tomato.
Anggur variety Pione di Japan.Kalau MyHaLAMAN boleh jadi macam ni,  kan  ke best tu.

Read more...

May 26, 2011

MINI TOMATO : HASIL

Sekadar nak update hasil yang dapat dikutip untuk percubaan
Mini Tomato di MyHaLAMAN.Alhamdulillah mini tomato berjaya menjadi merah penuh dan sudah boleh dipetik.

Hasil pada sabtu dan rabu lepas seperti di bawah :
Hasil pada hari sabtu.
Hasil pada hari rabu.

Setakat ini hasil lebih kurang 1.5 kg.Dapatlah RiverOrchAgro memberi rasa mini tomato ini kepada jiran jiran.Mini tomato akan lebih manis jika dibiarkan dahulu 2 ke 3 hari lepas petik dan baru dimakan.Sesuai dibuat makan mentah dan dijadikan salah satu bahan untuk salad.

Read more...

May 21, 2011

MINI TOMATO : BERBUAH DAN MASAK

Sudah lama tak update blog RiverOrchAgro. Kebelakangan ini agak sibuk menyebabkan blog terbiar seketika.Cuma sesekali tuan blog menjenguk blog sendiri.Kali ini mari kita tengok update percubaan mini tomato benih Jepun di MyHaLaman.

Usia pokok mini tomato sudah menjangkau masuk minggu ke-12
( 3 bulan ) selepas masuk ke polibeg.Mini tomato sedang lebat berbuah dan masak dengan sebahagiannya masih hijau.

Gambar seperti di bawah :
Mini tomato gambar terbaru.Sebahagian sudah masask merah dan sebahagian masih hijau.
Keadaan dua bulan lepas pindah.Mencecah ke bumbung.
Dua bulan lepas pindah : Buah sudah kelihatan bentuk.
Selepas tiga bulan : Buah dah masak ranum dalam satu tangkai.
Dengan sebahagian masih lagi belum merah penuh.
Dan sebahagian masih lagi hijau.
Sekali pandang macam gugusan buah anggur pun ada.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP