April 18, 2010

SERANGAN LALAT BUAH vs PERANGKAP RiverOrchAgro.

MyHaLAMAN diserang dek lalat buah bermula minggu lalu.Banyak buah cili yang sedang membesar dan menunggu masak di'inject' lalat buah.Akibatnya buah cili menjadi busuk sebelum masak dan terdapat ulat di dalam buah cili terbabit.Setakat hari ini,sudah hampir 3 kg lebih yang busuk dan gugur. Agak pelik dari mana lalat lalat buah ini datang.

Buah menjadi busuk dan terdapat ulat di dalamnya.Jika diperhatikan dengan teliti, terdapat kesan 'inject'
pada permukaan buah terbabit.Kesan suntikan lebih senang dikesan pada peringkat awal dan sebelum buah menjadi busuk.

Sebagai usaha mengurangkan populasi lalat buah dan serangannya,'PERANGKAP LALAT BUAH RiverOrchAgro' digunakan.Perangkap lalat buah dibuat daripada bekas botol plastik minuman dan pemikat lalat buah iaitu cecair METHYL EUGENOL.Perangkap lalat buah diperbuat seperti langkah di bawah:

1) Dapatkan bekas botol plastik minuman (botol 1.5L adalah ideal)
2) Tandakan dan potong 1 / 3 bahagian dari botol plastik di bahagian atas.
 3) Tanggalkan bahagian penutup botol plastik minuman.Dapatkan sedikit kapas ( kapas cotton bud juga boleh digunakan ) dan letakkan kapas ke dalam penutup minuman.
 4) Tuang atau titis kan beberapa titik METHYL EUGENOL ke dalam penutup minuman yang diletakkan kapas di dalamnya tadi.Kapas untuk memegang kelembapan cecair tersebut supaya tidak mudah kering.
5) Letakkan penutup botol tersebut ke dalam 2/3 bahagian botol yang dipotong tadi.
6) Masukkan bahagian 1/3 botol ke dalam 2/3 bahagian botol tadi dengan muncung botol dimasukkan terlebih dahulu supaya muncung botol minuman berada di bahagian dalam 2/3 botol tersebut.
7) Sekarang 'PERANGKAP LALAT BUAH RiverOrchAgro' siap dan sedia untuk digunakan.
 8)Perangkap lalat RiverOrchAgro diletakkan di MyHaLAMAN. Beberapa buah perangkap digunakan.
Selepas perangkap diletakkan,dalam beberapa minit sahaja lalat buah sudah kelihatan.Lalat buah biasanya datang menghampiri pada waktu pagi ( bermula pukul 7 pagi ) dan akan menghilang pada tengahari.Mungkin lalat buah ni tak suka dalam cuaca panas.Silau cahaya matahari agaknya.

Lalat buah terperangkap dan mati seperti di bawah.Gambar bawah,jumlah lalat yang terperangkap dalam dua hari untuk satu perangkap sahaja.
Perangkap Lalat Buah RiverOrchAgro boleh diubahsuai jika ingin digunakan dalam keadaan tergantung.Lubang kecil boleh ditebuk di bahagian depan dan belakang perangkap dan digantungkan dengan tali.Atau boleh juga dengan mengikat sahaja.





TIPS RiverOrchAgro :

1-Perangkap lalat tidak boleh diletakkan sangat hampir dengan pokok seperti di bawah pokok.Ianya perlu berperanan sebagai PERANGKAP dan bukan PEMANGGIL.

2- Kesan busuk pada buah tidak semestinya oleh serangan lalat buah semata mata.Penyakit kulat antraknos mungkin juga.







Read more...

Set Semaian 36 RiverOrchAgro.

Dapatkan set semaian 36 RiverOrchAgro .Set semaian ini terdiri daripada:

1) Tray semaian 36 Lubang.
2) Peatmoss sebagai media semaian dengan kuantiti untuk 2 kali semaian.














Harga : RM7.50/set

Set ini sesuai untuk mereka yang ingin menyemai benih dalam kuantiti yang sedikit seperti untuk tanaman di laman rumah edible garden, semaian nursery dan sebagainya.Hasil semaian anda mungkin seperti di bawah.

Kelebihan menggunakan tray semaian ialah anak pokok akan lebih mudah dipindahkan tanpa tertanggal atau tercabut akar anak pokok.Penjagaan dan siraman juga mudah kerana boleh dan mudah dipindahkan kedudukan.

Nota : Set semaian ini tidak termasuk biji benih.Sila dapatkan biji benih untuk tanaman yang anda ingin semai terlebih dulu.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP