February 26, 2010

SALAM MAULIDUR RASUL.

RiverOrchAgro mengucapkan salam Maulidur Rasul untuk semua umat islam.

Semoga kita lebih menghayati sunnah Rasulullah S.A.W. dengan menjadikan Baginda ikon terbaik hidup kita.

SALAM MAULIDUR RASUL.

Read more...

February 21, 2010

INTEGRASI CILI DAN BROCOLLI : SEBULAN PINDAH

Percubaan integrasi cili dan brocolli di MyHaLAMAN sudah masuk sebulan selepas anak pokok dipindahkan ke polibeg.Perkembangan terbaru,pokok cili sudah bercabang dua minggu lepas dan kini bunga sudah kelihatan.Ianya masih dalam spesifikasi dan target yang  RiverOrchAgro tetapkan untuk percubaan kali ini.Selalunya untuk MyHaLAMAN pokok cili, specifikasi RiverOrchAgro adalah :

"SEBULAN dari SEMAI ialah PINDAH.SEBULAN dari PINDAH ialah BUNGA.SEBULAN dari BUNGA ialah BUAH.SEBULAN dari BUAH ialah MASAK atau TUAI."

Bagaimanapun ianya bergantung pada variety cili yang ditanam. Jika di ladang,oleh kerana kadar penerimaan cahaya matahari pagi adalah lebih awal, pembesaran pokok akan lebih cepat.Mungkin seminggu atau dua minggu awal jika dijaga dengan baik.

Gambar seperti di bawah :



Pokok cili selepas sebulan pindah.Pokok cili sudah mula berbunga
(gambar gambar atas).Brocolli juga usia sebulan lepas pindah
ke polibeg (gambar seperti di bawah).





Pokok brocolli dalam keadaan baik.Oleh kerana ini pertama kali brocolli ditanam, tiada data untuk dibandingkan.Tunggu sahaja perkembangannya ya.

Untuk cili , ini adalah masa yang dianggap 'kritikal'.Kerana di waktu inilah terjadinya masa peralihan daripada pertumbuhan daun ke pertumbuhan bunga dan buah.Kepekatan baja fertigasi perlu dipertingkatkan sesuai dengan usia dan keadaan pokok.Baja tambahan seperti Baja Foliar (baja semburan daun) boleh dilakukan untuk menampung sebarang kekurangan atau pertambahan keperluan nutrien untuk pokok.

Read more...

February 16, 2010

BAJA FERTIGASI CILI DENGAN EUROPE MATERIAL.

Baja fertigasi cili dengan material dari Europe untuk dijual seperti berikut :

Set baja FERTIGASI CILI A dan B.
Material Europe.

100L : RM128.00*
50L   : RM75.00*


 * Harga Promosi
 



Pembelian 5 sets dan ke atas akan mendapat potongan harga istimewa.

Sila hubungi RiverOrchAgro untuk tempahan dan maklumat lanjut.

Read more...

February 14, 2010

SELAMAT TAHUN BARU CINA.

Selamat tahun baru cina diucapkan kepada yang berbangsa cina.Dan kepada yang lain,selamat bercuti.Yang balik kampung,pandulah berhati hati di jalanraya dan semoga selamat sampai ke destinasi.

Sempena tahun baru cina ini,urusan di RiverOrcahAgro turut cuti.Segala urusan akan disambung kembali selepas seminggu dari sekarang.

Selamat Tahun baru Cina dan selamat bercuti.

Read more...

February 7, 2010

MyHaLAMAN: Integrasi Cili dan Brocolli

Perkembangan untuk MyHaLAMAN RiverOrchAgro ialah percubaan untuk meng'integrasi'kan tanaman cili dengan tanaman lain yang dilakukan antara polibeg. Tanaman yang menjadi pilihan kali ini ialah brocolli. Cili dan brocolli ditanam berselang seli antara satu sama lain di dalam baris yang sama.Oleh kerana tanaman utama adalah cili , baja dan penjagaan lain yang digunakan adalah berdasarkan tanaman cili.

Tujuan utama percubaan adalah mengetahui kesesuaian tanaman cili dengan tanaman lain yang mungkin dapat mengurangkan pergantungan kepada satu jenis tanaman sahaja.Jika di ladang ini mungkin dapat mengurangkan pergantungan kepada hasil cili semata mata terutaman jika harga cili di dalam keadaan yang kurang stabil.


Keadaan pokok cili dan brocolli selepas dua minggu dipindahkan
( gambar atas ).Pokok cili sudah dipasangkan pancang sokongan*.

Cili diselang selikan dalam satu baris dengan brocolli
(gambar bawah ).


Setakat hingga hari ini pokok cili dan brocolli masih dalam keadaan baik.Hujan yang kerap di sebelah petang agak merisaukan RiverOrchagro.

Selain brocolli , kobis (dari keluarga yang sama ),daun sup atau daun bawang mungkin boleh dicuba.Nilai komersial seperti keuntungan per polibeg,kesesuaian tanaman dari segi penyakit sama ada memberi kesan atau tidak kepada tanaman utama dan lain lain faktor perlu diambil kira jika ingin dipraktikkan di ladang.

Tiada sebab utama kenapa brocolli menjadi pilihan untuk percubaan kali ini,cuma mungkin RiverOrchAgro suka makan brocolli. Pernah juga terpikir oleh RiverOrchAgro untuk meng'integrasi'kan cili dengan tanaman dedaun kecil lain di dalam polibeg yang sama seperti sawi atau sebagainya.Itu mungkin selepas percubaan musim ini....atau lepas ini RiverOrchAgro akan letakkan 2 ke 3 biji benih sawi di tepi cili tu.


*Nota :
Untuk ladang,sokongan/pancang cili adalah satu batang sahaja yang bersaiz 2 ke 2.5 inci lebar.Dua batang dengan 1 inci lebar hanyalah percubaan RiverOrchAgro.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP