January 30, 2011

PILIHANRAYA KECIL TENANG.

Hari ini tiba masa orang TENANG menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi kerana hari ini adalah hari mengundi untuk DUN TENANG.

Bukan niat RoA nak buat entry pasal politik.Cuma tertarik dengan nama DUN kali ini iaitu TENANG.Semoga orang di kawasan DUN TENANG, tenang menjalankan tanggungjawab mereka.

Dan semoga kita semua juga tenang dalam hidup kita seharian.




Read more...

January 23, 2011

BANGUN PAGI UNTUK DIRI SENDIRI

Hujung minggu sememangnya masa yang ditunggu tunggu terutama kepada mereka yang sibuk bekerja sepanjang minggu.Ini terutama mereka yang bekerja makan gaji dengan orang dan ada 'boss'
di pejabat.Inilah masa untuk merehatkan minda setelah lima enam hari minda di'jajah' di tempat kerja.

Begitu juga halnya dengan RoA,weekend pagi paling best.Bangun pagi di hujung minggu adalah bangun untuk diri sendiri.Bangun pagi lebih awal dari hari bekerja dan mulakan aktiviti sendiri seperti yang di'plan'kan.

Paling tidak,jika gagal buat aktiviti seperti yang dirancang pagi weekend, kita dah mandi pagi awal.Dan itu sudah cukup baik untuk memulakan satu hari lagi untuk kita.


Argg....selamat pagi.









Read more...

January 22, 2011

PEMIDANG KAYU JATI UNTUK DIJUAL.

Pemidang kayu jati terpakai untuk dijual seperti di bawah.
Masih dalam keadaan baik.


Harga RM 700 ( boleh dirunding )

Sila hubungi RiverOrchAgro.

Read more...

January 21, 2011

YUBARI MELON

Mungkin ramai sudah mengenali buah rockmelon yang kulitnya berjaring atau 'net'.Ianya salah satu variety keluarga melon atau Cantaloupe.Rasanya yang manis dan isi yang padat menjadi pilihan kepada para penggemarnya.Harga bagi sebiji rockmelon selalunya bergantung kepada kualiti buah tersebut di pasaran.Ianya mungkin mencecah RM 10 per kg hingga RM 2 per kg.

Tahukah anda di Japan, Yubari Melon atau nama rasminya Yubari King Melon adalah buah melon yang termahal di pasaran.Malah mungkin tersenarai sebagai sepuluh makanan termahal di dunia.
Kadar harga biasanya antara 6000 yen 15 000 yen sebiji (atau dalam RM 180 hingga RM 450 ,jika kadar 100 yen = RM 3.00).


Harganya boleh mencecah lebih tinggi jika Yubari melon di'packing' dan dijual dalam bentuk hadiah.Mengikut sumber, harga tertinggi yang pernah terjual untuk Yubari Melon ini adalah semahal
2 000 000 yen (atau RM 60 000....tak terlebih 'zero' ke ni....dah boleh dapat sebiji kereta) untuk sepasang Yubari melon.


Bayangkan jika dijual di negara kita,ada ke orang nak beli.
Segalanya mungkin....

Read more...

January 20, 2011

ALATAN FERTIGASI UNTUK DIJUAL.

Alatan atau barangan fertigasi asas untuk dijual seperti berikut :

1)  Microtube 4mm (80m / gulung )    :    RM 18.00 / gulung
2)  Dripper bengkok                                    :    RM 0.12
3) Nipper (one way)                                    :    RM 0.07
4) Nipper ( T way )                                      :    RM 0.15
5) Quick Action Valve ( 16mm )             :    RM 1.30
6) Quick action Valve ( 16mm Male Traded) : RM 1.30
7)  Poly Equal 'T' ( 16 mm )                      :    RM 0.30
8)  Poly Equal 'L'  ( 16 mm )                      :    RM 0.30



Sila hubungi RiverOrchAgro melalui :

E-mail :riverorchagro@gmail.com
Sms      : 019-371-1069
Lokasi : Shah Alam,Selangor.

Terima kasih.

Read more...

January 2, 2011

TAHUN BARU 2011

Selamat tahun baru 2011 walaupun agak lewat sehari nak ucap tahun baru,rasa belum terlambat lg mungkin.

Tahun baru bermakna usia kita makin meningkat satu tahun lagi.Yang muda makin tua ,yang tua makin berumur lagi usianya.Apakah sudah kita lakukan dengan usia kita selama ini.Semoga tahun ini,memberi kemudahan dalam urusan hidup kita dan memberi lebih makna dalam usia kita.

Selamat Tahun 2011.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP