September 19, 2010

BUMBUNG PLASTIK UV RPH.

    Sudah lama MyHalaman tidak di 'update' dengan tanaman laman fertigasi.Tiada apa di MyHalaman sepanjang 'Cuti Panjang Menanam' berkenaan.Ditambah pula kerja outstation yang menyebabkan RiverOrchAgro terpaksa menangguhkan aktiviti di MyHalaman buat sementara waktu.
    Memandangkan puasa sudah masuk ke raya,MyHalaman akan mula diaktifkan kembali.Terbiar kosong tak sedap pulak mata.Lagipun seperti satu pembaziran kerana kemudahan sudah tersedia, baik digunakan sebaiknya.Boleh juga keluarkan peluh dengan aktiviti menanam ni.
    Bermula hujung minggu ini, RiverOrchAgro sudah set up balik MyHalaman untuk menanam beberapa polibeg menggunakan kaedah fertigasi.Tanaman pilihan kali ini adalah rockmelon.Untuk rockmelon adalah baik jika ditanam di bawah rumah lindungan hujan.Ini bagi mengelak pokok mudah diserang penyakit bawaan air hujan dan melindungi pancaran UV terus ke daun pokok.Walaubagaimanapun , pokok rockmelon amat memerlukan cahaya matahari dan kepanasannya untuk pertumbuhan yang cepat.Rumah lindungan hujan juga berfungsi bagi melindungi media semaian dibasahi air hujan yang menyebabkan kepekatan baja yang diberikan ke media tanaman menjadi cair. 
    Di MyHaLAMAN, rumah lindungan separa lengkap memang sudah ada selama ini cuma bumbung nya telah ditanggalkan.Oleh kerana nak tanam rockmelon , RiverOrchAgro telah memasang kembali bumbung dengan plastik uv.Cuma untuk kali ini bumbung plastik uv dipasang seringkas mungkin dan lebih mudah ditanggalkan jika tidak diperlukan untuk tanaman yang lain.Klip pemegang plastik uv tidak digunakan untuk kali ini.Cukup hanya menggunakan klip biasa atau pun klip kertas yang agak besar.Lagipun mudah untuk menarik dan menegangkan plastik UV jika menggunakan klip biasa.

    Rumah lindungan hujan separa RiverOrchAgro dengan bumbung plastik UV seperti di bawah.


Bumbung dipasang dengan plastik UV
Di'klip' dengan klip kertas supaya mudah adjust ketegangan plastik UV.

Read more...

September 16, 2010

Salam Aidilfitri dan Selamat Hari Malaysia.

Mungkin belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.Maaf zahir batin.

Juga hari ni public holiday 16 September 2010.Selamat Hari Malaysia.

Read more...

September 7, 2010

SAHUR 3 AM BUKA 615 PM

Puasa di musim panas memang banyak cabaran.Panas terik sudah bermula seawal 9 pagi dah macam tengahhari kat Malaysia.Ditambah pula dengan udara yang kering dan peluh tak kering.Fuhh basah baju masuk opis.

Sahur habis seawal 340 pagi.Yang syoknya,lepas sembahyang subuh boleh tidur lama sikit sebelum bangun untuk ke opis.

Sibuk di opis kekadang leka dah masuk waktu buka jam 615 petang atau 515 petang waktu Malaysia.Kalau ikutkan puasa di sana lebih panjang sejam.

Weekend kalau tak ke mana, terperap dalam bilik hotel, sehari rasa amat lama tunggu masuk waktu buka.Kenelah sibukkan diri pergi ronda ronda dalam cuaca panas dan penuh 'dugaan'.Silap haribulan boleh tertekan 'vanding machine' terkeluar coca cola sejuk.

Antara bangunan lain dari lain.

                         Coco Building di Shinjuku  ( ada mcam buah koko...?!)

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP