July 26, 2009

PEMASANGAN SET DRIPPER,POLIBAG DAN PINDAH ANAK POKOK.

SET DRIPPER.

Setelah memasang sub paip, minggu ini saya akan memasang set dripper untuk disambungkan ke setiap polibag.
Set dripper terdiri daripada nipple 4mm,micro tube 4mm dan dripper bengkok.Untuk mengetahui alatan ini,sila klik link KENALI BAHAGIAN FERTIGASI di bawah SAMBUNGAN SUB PAIP KE DRIPPER
.

Sambungan sub paip ke micro tube adalah menggunakan nipple.Sub paip akan ditebuk menggunakan penebuk lubang di jarak yang telah ditetapkan. Susunan batu bata dan polibag menjadi panduan di mana lubang akan ditebuk.Ada dua cara sambungan boleh dilakukan untuk menyambung sub paip ke dripper.

Cara pertama, lubang ditebuk dan micro tube disambung dengan satu nipple sahaja ke satu set dripper.Ini bermakna satu barisan sub paip untuk satu barisan polibag.Manakala kedua,satu sub paip digunakan untuk dua baris polibag.Untuk cara ini,sub paip akan ditebuk dan nipple akan disambung dengan penyambung 'T' yang akan mengeluarkan dua cabang untuk disambung ke dua set
dripper di kiri dan kanan.Cara ini dapat menjimatkan penggunaan sub paip untuk ladang besar.

MEDIA
TANAMAN.

Media tanaman berperanan sebagai media yang digunakan
oleh akar pokok untuk memegang dan sekaligus menjadikan pokok berupaya untuk hidup dengan teguh dan tegak.Media haruslah berupaya menyerap baja dan menyimpan baja fertigasi dalam masa tertentu untuk diserap oleh akar pokok.Dikatakan sifat cocopeat yang berupaya menyerap dan menyimpan baja cecair fertigasi sesuai untuk tujuan ini.
Untuk media tanaman dalam polibag,saya menggunakan campuran sabut kelapa atau cocopeat dan sekam bakar.Nisbah campuran adalah satu sekam bakar untuk satu cocopeat (1:1,Sekam bakar : co
copeat).Ada juga orang yang menggunakan 100% cocopeat.

PINDAH ANAK POKOK.
Oleh kerana anak pokok sudah sedia dipindahkan dan mengelakkan dari terbantut
jika terlambat pindah,saya membuat keputusan memindahkan sebahagian anak pokok pada minggu ni.Sebelum pindah ke polibag,polibag perlu

Gambar gamba
r seperti di bawah :
Polibag dengan media tanaman sudah siap di atur dalm barisan barisan tertentu.



Tapak percubaan sudah siap sedia.

Anak pokok yang sesuai dipindahkan ke polibag. Mungkin 70 akan dipindahkan terlebih dahulu.







Anak pokok di dalam polibag.










Anak pokok sebanyak 70 pokok telah dipindahkan ke polibag.








Selesai sudah sessi menyiapkan tapak percubaan dan memindahkan anak pokok.Anak pokok dipindahkan sebanyak 70 pokok terlebih dahulu walaupun masih terdapat polibag yang masih kosong tidak di isi dengan anak pokok.

Pokok pokok akan diperhatikan perkembangannya terutama tindakbalas terhadap baja yang digunakan.Tempoh satu ke dua minggu diperlukan sebelum keputusan seterusnya dibuat.







Read more...

July 19, 2009

PEMASANGAN SUB PAIP DAN SUSUNAN BATU BATA.

Minggu ini masa untuk memasang sub paip, mengisi media tanaman dan menyusun polibag.

Paip utama 32mm perlu disambung dengan sub paip 16mm bagi mengalir dan mengagihkan baja fertigasi ke setiap barisan polibag tanaman.
Lubang sebesar 16 mm perlu ditebuk dalam jarak tertentu di paip utama.Jarak lubang ini adalah jarak barisan polibag ke barisan polibag bersebelahan dan sambungan sub paip akan dilakukan di setiap lubang tersebut.Sambungan perlu ketat dan cermat bagi mengelak baja keluar atau 'leaking'.Lebih lebih lagi paip paip terletak di bawah panas matahari yang mengakibatkan ia sikit mengembang bila hari panas dan mengecut bila hari sejuk.

Sambungan 16 mm sub paip ke paip utama adalah menggunakan Sandle Clamper Set seperti di bawah.

Set Sandle Clamper diguna untuk mengetatkan sambungan.






Setelah memasang set sandle clamper di setiap lubang 16mm,sub paip akan disambung dan ditarik disepanjang barisan tanaman.Dimasa ini susunan batu bata yang telah dibuat pada minggu lepas amat membantu meluruskan sub paip tersebut.

Jarak antara sub paip ke sub paip dalam satu barisan ialah 3 kaki.Jarak antara batu bata (polibag) adalah 3 kaki.
Dua barisan diselang seli dengan lorong kerja bagi memudahkan kerja kerja ladang dikemudian hari apabila pokok membesar.Lorong kerje adalah selebar 4 kaki.

(jarak jarak di atas adalah bergantung kepada jenis atau variety pokok cili yang ditanam. Un
tuk pokok yang
bersaiz besar,jarak yang lebih besar diperlukan bagi memudahkan membuat kerja ladang,pokok berkembang
dengan sihat dan memudahkan kawalan serangga perosak)

Dua baris selang seli dengan satu lorong kerja.
Satu polibag dengan satu set penitis nampak lebih kemas

dan teratur.


Bagi menjimatkan kos,satu sub paip untuk
dua barisan tanaman banyak digunakan.

Hujung sub paip ditutup dengan Quick Action Valve.
Untuk ladang besar dan sub paip dengan
kuantiti yang banyak 'End Line 16mm' digunakan.














Sub paip dan susunan batu bata yang sudah siap diatur di tapak percubaan.












Oleh kerana anak pokok sudah agak membesar, pemasangan set dripper,memasukkan media dalam polibag dan transfer anak benih akan dilakukan pada minggu depan.

Pembesaran anak pokok setakat hati ini seperti di bawah

Anak pokok berumur 2 minggu.

Read more...

July 12, 2009

HAMPARAN SILVERSHINE.

Jika sebelum ini percubaan hanya di depan laman rumah dengan sebanyak 15 pokok dalam polibag dengan sistem mini buatan sendiri,kali ini jumlah percubaan akan dipertingkatkan ke 100 ke 150 polibag.Lebih banyak polibag lebih banyak perkara dapat dipelajari.

Untuk mingg
u ini,saya sempat menyiapkan pemasangan penutup tanah silvershine,pemasangan motor ke tangki dan paip utama.

Gambar seperti di bawah

Sivershine dihamparkan di atas tapak percubaan menutupi tanah.Untuk memudahkan kerja,batu bata diletak sebagai pemberat supaya plastik silvershine tidak terbang ditiup angin.














Tapak percubaan yng sudah siap dipasang silver shine.Kelihatan bekas tapak kaki di silvershine berwarna
kekuningan ini kerana tanah sekeliling berwarna kuning.














Silvershine bertujuan :
1) Menghalang pertumbuhan rumput.Kebaikan tidak perlu merumput.

2) Lapisan atas silvershine yang berkilau berperanan membalikkan cahaya matahari
ke bahagian bawah pokok dan ini menyebabkan serangga di bawah daun berasa silau dan ti
dak selesa sekaligus
meninggalkan kawasan tanaman.


Tangki utama dan pemasangan motor seperti di bawah :


















Male Trade Adapter (MTA),Female Trade Adapter (FTA)
dan sambungan 'L"
digunakan dalam sambungan ini.Satu dialirkan ke tapak percubaan dan satu sambungan dikembalikan ke tangki.Sambungan kembali ke tangki ini bagi memudahkan proses membancuh baja dan
mengawal tekanan air yang dialirkan ke tapak percubaan.


Pemasangan 32mm paip utama di sekeliling tapak dilakukan seperti di bawah.Paip utama akan di 'return'kan masuk semula ke tangki utama.















Read more...

July 5, 2009

MENYEMAI BIJI BENIH (2)

Hari ni saya nak sambung balik bab menyemai yang belum habis dalam post yang lalu.

4) Menyemai biji benih.

Menyemai biji benih memerl
ukan :
A) Biji benih yang sudah melalui proses sebelum ini.
B) Tray semaian.
C) Media Semaian (Peatmoss).

D) Plastik hitam
E) Suratkhabar lama.
F) Air. Tray semaian yang digunakan adalah seperti di bawah.

Tray semaian 104 lubang

Tray mempunyai 104 lubang dengan lubang kecil dibawah.Tujuan lubang ini adalah untuk mengalirkan air supaya tidak air bertakung selepas siraman dilakukan.Air yang bertakung akan menyebabkan tray terlampau basah dan akar anak pokok mudah diserang penyakit.

Peatmoss dalam bungkusan 25kg.

Sebelum menyemai,media semaian perlu disediakan.Media semaian atau peatmoss perlu digaul dgn air supaya lembap.Untuk mengetahui kelembapan yang sesuai,setelah dicampur dgn air sila genggam peatmoss. Jika lepaskan genggaman dan membentuk bentuk genggaman tanpa peatmoss berderai,maka ia sudah mencukupi.Tetapi awas,jika menggemgam dan keluar air,maka boleh dikatakan sudah terlebih air.Terlebih air bole melambatkan pecah mata biji benih.

Peatmoss yang sudah digaul dengan air.

Pastikan peatmoss tidak terlalu lembap.

Setelah digaul dengan air,peatmoss perlu dimasukakan ke dalam tray.Masukkan dan isi peatmoss ke dalam setiap lubang.Peatmoss tidak perlu diisi dengan padat dan tidak perlu penuh hingga ke bahagian atas lubang.Memadai 3/4 lubang.Setelah itu,ambil biji benih dan letak diatas peatmoss dalam tray berbabit.Tekan biji benih ke dalam peatmoss
dengan kedalaman 3mm ke 5mm.Pastikan menekan setiap biji benih dengan kedalaman yang sama.
(Boleh menggunakan pengcungkil gigi dengan bertanda untuk menekan biji benih)




Biji benih diletakkan di atas setiap lubang dengan peatmoss terlebih dahulu bagi memastikan tiada lubang yang tertinggal untuk disemai.Kemudian tekan dengan kadar yang sama dalam dengan pengcungkil gigi. Setelah biji benih ditekan,lubang laluan biji benih perlu ditimbus kembali dengan peatmoss yang terdapat disekitarnya. Setelah semua lubang dipastikan telah disemai,letakkan suratkhabar lama menutupi permukaan atas tray.Setelah itu spray dengan air basah bagi melembapkan kertas surat khabar terbabit.Balut tray semaian dengan plastik berwarna hitam (plastik sampah bole digunakan).Ini dilakukan supaya,media semaian kekal lembap untuk dua ke tiga hari.Dengan ini selesailah proses menyemai biji benih di dalam tray semaian.



Tutup dengan surat khabar dan basahkan.

Letakkan tray semaian terbabit perlu diletakkan ditempat redup dan jauh dari sinaran
matahari untuk dua hari.Selepas itu buka plastik hitam dan letak ditempat yang teduh kembali.
Biji benih akan pecah mata biasanya selepas 3 ke 5 hari disemai.


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP