July 5, 2009

MENYEMAI BIJI BENIH (2)

Hari ni saya nak sambung balik bab menyemai yang belum habis dalam post yang lalu.

4) Menyemai biji benih.

Menyemai biji benih memerl
ukan :
A) Biji benih yang sudah melalui proses sebelum ini.
B) Tray semaian.
C) Media Semaian (Peatmoss).

D) Plastik hitam
E) Suratkhabar lama.
F) Air. Tray semaian yang digunakan adalah seperti di bawah.

Tray semaian 104 lubang

Tray mempunyai 104 lubang dengan lubang kecil dibawah.Tujuan lubang ini adalah untuk mengalirkan air supaya tidak air bertakung selepas siraman dilakukan.Air yang bertakung akan menyebabkan tray terlampau basah dan akar anak pokok mudah diserang penyakit.

Peatmoss dalam bungkusan 25kg.

Sebelum menyemai,media semaian perlu disediakan.Media semaian atau peatmoss perlu digaul dgn air supaya lembap.Untuk mengetahui kelembapan yang sesuai,setelah dicampur dgn air sila genggam peatmoss. Jika lepaskan genggaman dan membentuk bentuk genggaman tanpa peatmoss berderai,maka ia sudah mencukupi.Tetapi awas,jika menggemgam dan keluar air,maka boleh dikatakan sudah terlebih air.Terlebih air bole melambatkan pecah mata biji benih.

Peatmoss yang sudah digaul dengan air.

Pastikan peatmoss tidak terlalu lembap.

Setelah digaul dengan air,peatmoss perlu dimasukakan ke dalam tray.Masukkan dan isi peatmoss ke dalam setiap lubang.Peatmoss tidak perlu diisi dengan padat dan tidak perlu penuh hingga ke bahagian atas lubang.Memadai 3/4 lubang.Setelah itu,ambil biji benih dan letak diatas peatmoss dalam tray berbabit.Tekan biji benih ke dalam peatmoss
dengan kedalaman 3mm ke 5mm.Pastikan menekan setiap biji benih dengan kedalaman yang sama.
(Boleh menggunakan pengcungkil gigi dengan bertanda untuk menekan biji benih)




Biji benih diletakkan di atas setiap lubang dengan peatmoss terlebih dahulu bagi memastikan tiada lubang yang tertinggal untuk disemai.Kemudian tekan dengan kadar yang sama dalam dengan pengcungkil gigi. Setelah biji benih ditekan,lubang laluan biji benih perlu ditimbus kembali dengan peatmoss yang terdapat disekitarnya. Setelah semua lubang dipastikan telah disemai,letakkan suratkhabar lama menutupi permukaan atas tray.Setelah itu spray dengan air basah bagi melembapkan kertas surat khabar terbabit.Balut tray semaian dengan plastik berwarna hitam (plastik sampah bole digunakan).Ini dilakukan supaya,media semaian kekal lembap untuk dua ke tiga hari.Dengan ini selesailah proses menyemai biji benih di dalam tray semaian.



Tutup dengan surat khabar dan basahkan.

Letakkan tray semaian terbabit perlu diletakkan ditempat redup dan jauh dari sinaran
matahari untuk dua hari.Selepas itu buka plastik hitam dan letak ditempat yang teduh kembali.
Biji benih akan pecah mata biasanya selepas 3 ke 5 hari disemai.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP