HAMPARAN SILVERSHINE.
Jika sebelum ini percubaan hanya di depan laman rumah dengan sebanyak 15 pokok dalam polibag dengan sistem mini buatan sendiri,kali ini jumlah percubaan akan dipertingkatkan ke 100 ke 150 polibag.Lebih banyak polibag lebih banyak perkara dapat dipelajari.
Untuk minggu ini,saya sempat menyiapkan pemasangan penutup tanah silvershine,pemasangan motor ke tangki dan paip utama.
Gambar seperti di bawah
Sivershine dihamparkan di atas tapak percubaan menutupi tanah.Untuk memudahkan kerja,batu bata diletak sebagai pemberat supaya plastik silvershine tidak terbang ditiup angin.
Tapak percubaan yng sudah siap dipasang silver shine.Kelihatan bekas tapak kaki di silvershine berwarna
kekuningan ini kerana tanah sekeliling berwarna kuning.
Silvershine bertujuan :
1) Menghalang pertumbuhan rumput.Kebaikan tidak perlu merumput.
2) Lapisan atas silvershine yang berkilau berperanan membalikkan cahaya matahari
ke bahagian bawah pokok dan ini menyebabkan serangga di bawah daun berasa silau dan tidak selesa sekaligus
meninggalkan kawasan tanaman.
Tangki utama dan pemasangan motor seperti di bawah :
Male Trade Adapter (MTA),Female Trade Adapter (FTA)
dan sambungan 'L" digunakan dalam sambungan ini.Satu dialirkan ke tapak percubaan dan satu sambungan dikembalikan ke tangki.Sambungan kembali ke tangki ini bagi memudahkan proses membancuh baja dan
mengawal tekanan air yang dialirkan ke tapak percubaan.
Pemasangan 32mm paip utama di sekeliling tapak dilakukan seperti di bawah.Paip utama akan di 'return'kan masuk semula ke tangki utama.
0 comments:
Post a Comment