RUMAH SEMAIAN MINI PASANG SIAP MyHaLAMAN.
Sebelum anak pokok dipindahkan ke polibeg,anak pokok perlu disemai dan letakkan di tapak atau rumah semaian terlebih dahulu. Ini memudahkan penjagaan anak anak pokok dan memastikan hanya anak pokok yang cukup sesuai dan yang baik sahaja yang akan dipindahkan ke ladang.Tempoh pindah anak pokok dari tapak/rumah semaian ke polibeg bergantung kepada jenis tanaman.
Begitu juga dengan MyHaLAMAN Fertigasi.Walaupun jumlah semaian adalah sedikit ‘rumah semaian mini pasang siap’ digunakan.Rumah semaian mini ini bolehlah dianggap simulasi untuk tapak semaian di ladang.Ianya juga digunakan untuk mengikuti perkembangan anak pokok selain melindungi dari panas dan hujan.
1) 2 arc yang dibuat dari paip 16mm keras yang dibengkokkan dan dipegang dengan paip pvc 25mm dengan sambungan female ‘T’ .
Bilangan arc bergantung kepada berapa banyak tray semaian.
2) Paip pvc yang diikat dengan klip hanger.
3) Plastik rumah lindungan hujan sebagai bumbung yang melindungi dari hujan dan uv.
Plastik diklip ke arc supaya tidak terbang ditiup angin.
4) Net jaring untuk mengurangkan panas matahari -- (tiada gambar).Akan ditanggalkan secara berperingkat bila anak pokok memerlukan lebih cahaya matahari.
Oleh kerana ruang terhad , kawasan penanaman dan rumah semaian mini pasang siap berada di kawasan yang sama.Selepas anak pokok dipindahkan,rumah semaian mini pasang siap akan ditanggalkan dan disimpan untuk semaian musim berikutnya.
Dengan menggunakan rumah semaian mini pasang siap ini,RiverOrchAgro dapat menyemai dengan menggunakan tray semaian dan penjagaan anak pokok dapat dilakukan dengan lebih baik.Ia juga bertindak sebagai rumah lindungan dari serangga perosak jika ditutup sepenuhnya.
0 comments:
Post a Comment