January 30, 2010

MEMAKSIMUMKAN RUANG : Sub-MyHaLAMAN

Ruang yang ada digunakan sepenuhnya.Walaupun agak terhad tapi mungkin boleh buat sesuatu.Untuk itu, RiverOrcahAgro telah 'convert' ruang yang ada di luar pagar untuk cuba menanam dalam kapasiti yang agak padat.Semua aktiviti di Sub-MyHaLAMAN adalah percubaan menanam menggunakan kaedah organik.

 SEBELUM :  Keadaan Sub-MyHaLAMAN dengan serumpun serai kampung.


Oleh kerana tanah di Sub-MyHaLAMAN sebelum ini agak keras dan berbatu, pembaikan tanah telah dilakukan.Antaranya dengan meletakkan bekas media tanaman di MyHaLAMAN yang telah digunakan beberapa musim sebelum ini.Dibiarkan selama beberapa bulan dan beberapa kali digaul dengan baja organik.Ini dapat melembut dan melonggarkan struktur tanah dan menyuburkannya.

SELEPAS : Jagung,Melon,Brocolli,Kobis,Serai kampung.


Jagung : Selepas dua minggu dipindahkan dari tray semaian.
Melon : 2 minggu lepas pindah

( telah menunjukkan tindak balas kepada baja organik selepas
seminggu )

Kobis : Berusia dua bulan.
Brocolli : Sehari pindah.

Sub-MyHaLAMAN ditanam dengan beberapa rumpun serai kampung yang bertindak sebagai pagar.

Oleh kerana ini pertama kali RiverOrchAgro menanam di luar pagar dengan menggunakan kaedah organik, pasti ada sesuatu yang menarik.

Read more...

January 29, 2010

POLIBEG HITAM 15" x 18 ".

Polibeg hitam sesuai untuk nurseri, semaian ,tanaman berpolibeg, fertigasi dan lain lain dengan spesifikasi di bawah :

Saiz          :  15"  x  18"
 
Warna     :  Hitam


Tebal       :  0.18mm

Jumlah keping per kg :  18 ke 19 keping.

Posisi lubang : Sila rujuk gambar

Harga     :  *HARGA PROMOSI  RM 6.10 / kg
                  (tiada minimum order)
                 * Promosi tamat tempoh akan diberitahu kemudian.

              Bagi yang ingin mendapatkan sampel,sampel percuma akan
               diberi 2 keping ( kos pos perlu  ditanggung oleh pembeli )

Dapatkan di RiverOrchAgro : 
                                                     E-mail :  riverorchagro@gmail.com
                                                            Tel : 019-371-1069
untuk maklumat lanjut.

Read more...

January 23, 2010

PROMOSI : POLIBEG PUTIH UV 16 x 16 TEBAL.

Polibeg adalah salah satu kompenan dalam sistem fertigasi.Ia digunakan untuk meletakkan media tanaman di dalamnya.Oleh kerana kos yang agak tinggi untuk polibeg,ianya perlu kuat,tahan dan dapat digunakan untuk beberapa kali musim tanaman.

Pihak RiverOrchAgro menawarkan promosi polibeg putih dengan spesifikasi di bawah :

Saiz          :  16 x 16 dengan UV

Warna     :  Putih

Tebal       :  0.18mm

Jumlah keping per kilo :  18 ke 19 keping.

Posisi lubang : Sila rujuk gambar
(Jarak lubang paling bawah ke dasar polibeg adalah 2.5")

Harga     :  *HARGA PROMOSI  RM 6.50 / kg
                  (tiada minimum order)
                 * Promosi tamat tempoh akan diberitahu kemudian.

              Bagi yang ingin mendapatkan sampel,sampel percuma akan
               diberi 2 keping ( kos pos perlu  ditanggung oleh pembeli )

Hubungi RiverOrchAgro :        E-mail :  riverorchagro@gmail.com
                                                              Tel : 019-371-1069
untuk maklumat lanjut.



 

Read more...

January 17, 2010

RUMAH SEMAIAN MINI PASANG SIAP MyHaLAMAN.

Sebelum anak pokok dipindahkan ke polibeg,anak pokok perlu disemai dan letakkan di tapak atau rumah semaian terlebih dahulu. Ini memudahkan penjagaan anak anak pokok dan memastikan hanya anak pokok yang cukup sesuai dan yang baik sahaja yang akan dipindahkan ke ladang.Tempoh pindah anak pokok dari tapak/rumah semaian ke polibeg bergantung kepada jenis tanaman.

Begitu juga dengan MyHaLAMAN Fertigasi.Walaupun jumlah semaian adalah sedikit ‘rumah semaian mini pasang siap’ digunakan.Rumah semaian mini ini bolehlah dianggap simulasi untuk tapak semaian di ladang.Ianya juga digunakan untuk mengikuti perkembangan anak pokok selain melindungi dari panas dan hujan.



Tapak semaian mini pasang siap MyHaLAMAN ini terdiri dari :

1)  2 arc yang dibuat dari paip 16mm keras yang dibengkokkan dan dipegang dengan paip pvc 25mm dengan sambungan female ‘T’ .


Bilangan arc bergantung kepada berapa banyak tray semaian.








2) Paip pvc yang diikat dengan klip hanger.




3) Plastik rumah lindungan hujan sebagai bumbung yang melindungi dari hujan dan uv.
Plastik diklip ke arc supaya tidak terbang ditiup angin.


4) Net jaring untuk mengurangkan panas matahari -- (tiada gambar).Akan ditanggalkan secara berperingkat bila anak pokok memerlukan lebih cahaya matahari.

Oleh kerana ruang terhad , kawasan penanaman dan rumah semaian mini pasang siap berada di kawasan yang sama.Selepas anak pokok dipindahkan,rumah semaian mini pasang siap akan ditanggalkan dan disimpan untuk semaian musim berikutnya.

Dengan menggunakan rumah semaian mini pasang siap ini,RiverOrchAgro dapat menyemai dengan menggunakan tray semaian dan penjagaan anak pokok dapat dilakukan dengan lebih baik.Ia juga bertindak sebagai rumah lindungan dari serangga perosak jika ditutup sepenuhnya.

Read more...

January 11, 2010

Single Dripper Set

Dapatkan single dripper set di RiverOrchAgro.Set single dripper terdiri daripada :

1) Nipple.
2) Micro tube berukuran 75 cm (30 inci)
3) Dripper bengkok.













Harga : RM0.80 / set.
RM 80.00 / 100 set.
RM runding / >1000 set.

Untuk pembelian melebihi 1000 set, harga dan tempahan perlu dirunding.

Read more...

January 3, 2010

Dripper penitis.

Dripper atau penitis adalah salah satu komponen dalam sistem fertigasi.Ianya berperanan untuk mengawal aliran baja dari micro tube 4mm ke media tanaman di dalam polibag.Kebiasaannya kadar kawalan dengan spesifikasi 2 liter aliran/titisan baja dalam tempoh sejam (2L/H) digunakan dalam sistem fertigasi.Ini bermakna,jika sejam timer di'ON' kan berterusan,sebanyak 2L air akan dititiskan ke delam polibag.

Pelbagai jenis dripper yang terdapat di dalam pasaran.Ada berwarna putih atau hitam.Dripper bengkok atau lurus.Malah panjang dripper bengkok juga berbeza beza.Antara criteria yang menjadi pilihan RiverOrchAgro dalam memilih dripper adalah seperti berikut :

1) Warna dan bentuk tidaklah begitu penting. Kadar titisan yang sekata adalah yang utama.2 Liter/jam biasa digunakan.

2) Driper yang kurang tersumbat.
Dripper tersumbat adalah disebabkan adanya sisa baja yang tertinggal di dripper selepas timer di off kan.Panas matahari akan menyebabkan sisa baja ini menyejat dan terjadinya serbuk seakan garam yang memenuhi alur alur halus dripper.
Kerja mentainance perlu dilakukan untuk memastikan dripper tidak tersumbat dan ini pasti merugikan masa jika memerlukan masa yang agak panjang terutama di ladang besar.

3) Dripper yang panjang bagi memastikan dripper dapat dimasukkan ke media tanaman dengan lebih dalam dan mengelak dari tercampak keluar dari polibag akibat tekanan aliran yang kuat.Ia juga dapat mengalirkan baja lebih jauh ke dalam kawasan akar pokok.

Dapatkan dripper bengkok di RiverOrchAgro seperti di bawah :

Harga : RM 0.20 / pcs
RM 18.50 / 100 pcs

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP