MEMBERSIH MyHaLAMAN FERTIGASI
Oleh kerana tapak percubaan kedua polibagnya telah dikosongkan sementara,peluang diambil untuk membersihkan tapak percubaan pertama yang digunakan selama ini.Tapak percubaan pertama in adalah di depan rumah.Atau lebih mudah laman rumah.Tanaman terakhir yang dicuba sebelum ini adalah terung.Sudah ada beberapa tanaman yang sudah dicuba sbelum ini di tapak yang sama.Walaupun hanya 10 ke 20 polibag bergantung jenis tanaman pokok yang ditanam,untuk pengenalan sistem fertigasi dan mengetahui kaedah penjagaan pokok adalah memadai.Jenis tanaman yang pernah dicuba adalah rockmelon sebanyak 2 pusingan,timun untuk 2 pusingan,cili merah besar F1 568,cili merah besar F1 469 dan terung F1.
Oleh kerana tapak percubaan terletak di depan rumah,adalah penting memastikan kawasan percubaan sentiasa kemas dan bersih.Gambar seperti di bawah.
Inilah MyLaman FERTIGASI yang menjadi tapak percubaan sistem fertigasi selama ini.Kelihatan buih sabun,hos paip dan 'penyapu plastik' digunakan untuk mencuci dan membersih lantai tapak percubaan.Sental dan gosok biar hilang hilang semua kulat penyakit yang menyerang pokok sebelum ini.
Untuk menyental lantai inilah yang digunakan.Memang menjadi kebiasaan selepas habis satu tanaman,tapak akan dibersihkan dahulu sebelum tanaman berikutnya.
Awas : Jenama penyental digunakan bukan untuk tujuan iklan.
Sampah dibuang ke dalam beg plastik.Batu bata disusun rapi.Bata ini akan digunakan kembali untuk percubaan berikutnya.
Tangki baja untuk 20 polibag,200L boleh sampai 5 ke 6 hari tanpa isian semula di waktu tanaman puncak sewaktu pokok matang berbuah.
Memandangkan media tanaman sebelum ini sudah digunakan beberapa musim,ianya perlu ditukar baru.Media tanaman dikumpul dan diletak di luar depan laman.Di situ bolehlah tanam pokok bunga atau lain selain serumpun serai yang sudah memang ada.
Cili besar merah F1 568 atau F1 151,akan ditanam selepas ini di tapak yang sama selepas raya.
0 comments:
Post a Comment