December 9, 2011

Percubaan Pembuahan Anggur

Lama tak update blog ni.Kali ni cuma nak update percubaan pembuahan pokok anggur yang masuk 8 bulan.

Pokok sudah dicantas dan pemangkasan telah dilakukan 3 minggu lepas pada dahan utama.Daun dan dahan telah dicantas hingga botak.

Di bawah adalah keaadaan pokok lepas 3 minggu:



Harap harap yg di bawah ni bunga anggur.



Kita tunggu perkembangan seterusnya.












Read more...

August 1, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan.

Selamat menyambut Ramadhan untuk tahun ini.Semoga kita semua lebih diberkati di bulan yang mulia ini.

RoA.


Read more...

July 20, 2011

ANGGUR Alphonso Lavelle dan Black Opal : HAMPIR EMPAT BULAN

Anggur di MyHaLAMAN sudah hampir masuk bulan ke empat ( atau lebih tepat 3 bulan 3 minggu).Keadaan pokok Alphonso Lavelle dan Black Opal makin baik dengan pertumbuhan cabang dan tunas baru.
Kedua dua pokok telah mencapai palang rumah hujan di MyHaLAMAN.Batang utama telah di potong searas palang tersebut supaya dua cabang paling baik dapat dikeluarkan dan dipilh menjadi cabang utama berikutnya.

Pada peringkat ini bermulalah pembentukan pokok anggur dimana dahannya yang masih lembut boleh dibentuk mengikut kemahuan kita.Untuk ruang yang kecil di bawah rumah hujan di MyHaLAMAN ini,RiverOrchAgro cuba membentuk bulatan bulatan pada setiap peringkat cabang.Mungkin hasilnya,dahan dahan akan lebih nampak kemas berbanding dibiarkan berselirat sahaja.Dahan dua jenis anggur yang berbeza juga mungkin mudah untuk dibezakan bila dahan sudah banyak nanti.

Gambar terbaru Alphonso Lavelle dan Black opal seperti di bawah :

Alphonso Lavelle : Dahan sudah mula dibentuk.
Black Opal dan Alphonso Lavelle : Dahan dibentuk bulatan bulatan supaya kelihatan lebih kemas.
Bila sudah sampai tahap ini,kerja kerja pemangkasan sulur dahan yang tak perlu dan daun daun tua lebih perlu diutamakan supaya pertumbuhan dahan dan cabang baru dapat berkembang dengan baik.Baja dan penjagaan siraman air juga amat penting.Pokok anggur perlu air yang banyak tetapi tidak sampai air bertakung.Takungan air dan media yang terlalu lembap akan menyebabkan akar pokok rosak.Seterusnya pertumbuhan pokok terganggu.Kita tunggu lagi perkembangan dua pokok anggur ini.

Read more...

June 19, 2011

MINI TOMATO : MERAH DAN MASAK LAGI.

Mini Tomato terus matang merah untuk dua minggu lepas.
MyHaLAMAN penuh dengan warna merah mini tomato.
Alhamdulillah hasil percubaan kali ini lebih baik daripada jangkaan.
Update dua minggu lepas seperti di bawah :
Mini Tomato merah lagi.
Buah merah berselirat atas pokok.
Satu gugus mini tomato yang merah.

Sebahagian yang dapat dipetik.

Read more...

May 29, 2011

ANGGUR : HAMPIR 2 BULAN

Selain Mini Tomato yang sedang berbuah,RiverOrchAgro juga sedang cuba menanam anggur di MyHaLAMAN.Untuk anggur kaedah penanamannya adalah secara manual baik pemberian baja atau siraman airnya.Baja organik cacing dan siraman air biasa sahaja setakat ini.Lepas ini jika pokok mini tomato sudah sampai masa untuk dihapuskan,mungkin kaedah siraman akan diganti menggunakan timer.

Setakat hari ini sudah hampir masuk 2 bulan selepas RiverOrchAgro terima dan pindah anak pokok.Pada awalnya anak pokok yang dibeli adalah sebanyak 2 pokok dari variety Alphonso Lavelle dan Black Opal.Hanya   Alphonso Lavelle yang bertahan kerana Black Opal telah mati.Mungkin semasa pindah, dahan utama anak pokok telah patah dan akar Black Opal telah tertanggal dan menyebabkannya gagal untuk membesar.

Oleh kerana hendak juga mencuba dari variety Black Opal, minggu berikutnya RiverOrchAgro telah mendapatkan 2 lagi anak pokok Black opal dari pembekal yang lain.

Alphonso Lavelle dan Black Opal di MyHaLAMAN seperti di bawah.
Alphonso Lavelle
Black Opal yang lewat seminggu juga sudah hampir mencecah palang
Satu lagi Black Opal masih belum berkembang baik.Macam sudah terkene penyakit akibat selalu tempias hujan. Masih  dibiarkan dengan beberapa cabang.
Alphonso Lavelle sudah mencabai palang.Kombinasi dengan mini tomato.Nampak macam pokok anggur sudah berbuah.
3 pokok anggur di tepi mini tomato.
Anggur variety Pione di Japan.Kalau MyHaLAMAN boleh jadi macam ni,  kan  ke best tu.

Read more...

May 26, 2011

MINI TOMATO : HASIL

Sekadar nak update hasil yang dapat dikutip untuk percubaan
Mini Tomato di MyHaLAMAN.Alhamdulillah mini tomato berjaya menjadi merah penuh dan sudah boleh dipetik.

Hasil pada sabtu dan rabu lepas seperti di bawah :
Hasil pada hari sabtu.
Hasil pada hari rabu.

Setakat ini hasil lebih kurang 1.5 kg.Dapatlah RiverOrchAgro memberi rasa mini tomato ini kepada jiran jiran.Mini tomato akan lebih manis jika dibiarkan dahulu 2 ke 3 hari lepas petik dan baru dimakan.Sesuai dibuat makan mentah dan dijadikan salah satu bahan untuk salad.

Read more...

May 21, 2011

MINI TOMATO : BERBUAH DAN MASAK

Sudah lama tak update blog RiverOrchAgro. Kebelakangan ini agak sibuk menyebabkan blog terbiar seketika.Cuma sesekali tuan blog menjenguk blog sendiri.Kali ini mari kita tengok update percubaan mini tomato benih Jepun di MyHaLaman.

Usia pokok mini tomato sudah menjangkau masuk minggu ke-12
( 3 bulan ) selepas masuk ke polibeg.Mini tomato sedang lebat berbuah dan masak dengan sebahagiannya masih hijau.

Gambar seperti di bawah :
Mini tomato gambar terbaru.Sebahagian sudah masask merah dan sebahagian masih hijau.
Keadaan dua bulan lepas pindah.Mencecah ke bumbung.
Dua bulan lepas pindah : Buah sudah kelihatan bentuk.
Selepas tiga bulan : Buah dah masak ranum dalam satu tangkai.
Dengan sebahagian masih lagi belum merah penuh.
Dan sebahagian masih lagi hijau.
Sekali pandang macam gugusan buah anggur pun ada.

Read more...

April 2, 2011

PERCUBAAN ANGGUR.

Hari rabu lepas 30 Mar.'11, anak pokok anggur yang dipesan melalui pos telah sampai.Pada mulanya semasa pihak courier membuat penghantaran, tiada orang di rumah.Dapat 'Sorry' card dari courier GD expres atau GEDEX yang mengatakan penghantaran pertama
telah dibuat tetapi tiada sesiapa pihak penerima di alamat berkenaan.Penghantaran kali kedua boleh diuruskan kembali.

Memandangkan isi courier adalah anak pokok dan perlu dikeluarkan secepat mungkin untuk mengelakkan pokok mati ,RiverOrchAgro
 mengambil keputusan untuk 'self pickup' di cawangan berhampiran.
Inilah rupanya anak pokok yang dibungkus dalam kotak :
Pokok dalam kotak berada dalam keadaan baik.

Anak pokok selepas tiga hari di pindahkan dalam polibeg besar hitam.
                    Sebenarnya ada dua anak pokok ,gambar hanya satu.

Anggur daripada variety Alphonso Lavelle yang berbuah hitam dan variety Black Opal yang berbuah hitam biru bila matang.Kalau ada rezeki boleh berbuah dalam masa enam bulan ke setahun.

Read more...

March 27, 2011

MINI TOMATO : BERBUNGA.

Keadaan mini tomato selepas 4 minggu pindah ke polibeg.
Sudah mula berbunga seperti di bawah:


Kita tunggu mungkin selepas 2 minggu lagi untuk mula berbunga
di cabang lain dan mula berputik.

Read more...

March 13, 2011

MINI TOMATO

Mini Tomato, percubaan kali ini untuk MyHaLAMAN.Sudah lama RiverOrchAgro nak cuba tanam tomato jenis kecil seperti ini.Benih yang dibeli di Japan tahun lalu , baru sekarang berkesempatan untuk disemai dan dicuba di halaman rumah.
Benih mini tomato untuk percubaan kali ini.
Anak pokok sudah masuk dua (2) minggu dari tarikh pindah
ke polibeg.Pokok dalam keadaan sihat seperti di bawah :

Pokok selepas 2 minggu.
Dalam keadaan baik.

Kita tunggu bunga dalam masa dua minggu lagi.InsyaAllah.



Read more...

February 11, 2011

KUALA LUMPUR DALAM KENANGAN.

Nikmati Kuala Lumpur dalam kenangan :
12456
312
11
                                                         
KUALA LUMPUR kini :          
                                                    
1000px-Kuala_Lumpur_City_View
                                                                                              
Di mana kita 50 tahun akan datang.Fikirkan bersama.

Read more...

January 30, 2011

PILIHANRAYA KECIL TENANG.

Hari ini tiba masa orang TENANG menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi kerana hari ini adalah hari mengundi untuk DUN TENANG.

Bukan niat RoA nak buat entry pasal politik.Cuma tertarik dengan nama DUN kali ini iaitu TENANG.Semoga orang di kawasan DUN TENANG, tenang menjalankan tanggungjawab mereka.

Dan semoga kita semua juga tenang dalam hidup kita seharian.




Read more...

January 23, 2011

BANGUN PAGI UNTUK DIRI SENDIRI

Hujung minggu sememangnya masa yang ditunggu tunggu terutama kepada mereka yang sibuk bekerja sepanjang minggu.Ini terutama mereka yang bekerja makan gaji dengan orang dan ada 'boss'
di pejabat.Inilah masa untuk merehatkan minda setelah lima enam hari minda di'jajah' di tempat kerja.

Begitu juga halnya dengan RoA,weekend pagi paling best.Bangun pagi di hujung minggu adalah bangun untuk diri sendiri.Bangun pagi lebih awal dari hari bekerja dan mulakan aktiviti sendiri seperti yang di'plan'kan.

Paling tidak,jika gagal buat aktiviti seperti yang dirancang pagi weekend, kita dah mandi pagi awal.Dan itu sudah cukup baik untuk memulakan satu hari lagi untuk kita.


Argg....selamat pagi.









Read more...

January 22, 2011

PEMIDANG KAYU JATI UNTUK DIJUAL.

Pemidang kayu jati terpakai untuk dijual seperti di bawah.
Masih dalam keadaan baik.


Harga RM 700 ( boleh dirunding )

Sila hubungi RiverOrchAgro.

Read more...

January 21, 2011

YUBARI MELON

Mungkin ramai sudah mengenali buah rockmelon yang kulitnya berjaring atau 'net'.Ianya salah satu variety keluarga melon atau Cantaloupe.Rasanya yang manis dan isi yang padat menjadi pilihan kepada para penggemarnya.Harga bagi sebiji rockmelon selalunya bergantung kepada kualiti buah tersebut di pasaran.Ianya mungkin mencecah RM 10 per kg hingga RM 2 per kg.

Tahukah anda di Japan, Yubari Melon atau nama rasminya Yubari King Melon adalah buah melon yang termahal di pasaran.Malah mungkin tersenarai sebagai sepuluh makanan termahal di dunia.
Kadar harga biasanya antara 6000 yen 15 000 yen sebiji (atau dalam RM 180 hingga RM 450 ,jika kadar 100 yen = RM 3.00).


Harganya boleh mencecah lebih tinggi jika Yubari melon di'packing' dan dijual dalam bentuk hadiah.Mengikut sumber, harga tertinggi yang pernah terjual untuk Yubari Melon ini adalah semahal
2 000 000 yen (atau RM 60 000....tak terlebih 'zero' ke ni....dah boleh dapat sebiji kereta) untuk sepasang Yubari melon.


Bayangkan jika dijual di negara kita,ada ke orang nak beli.
Segalanya mungkin....

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP