January 21, 2011

YUBARI MELON

Mungkin ramai sudah mengenali buah rockmelon yang kulitnya berjaring atau 'net'.Ianya salah satu variety keluarga melon atau Cantaloupe.Rasanya yang manis dan isi yang padat menjadi pilihan kepada para penggemarnya.Harga bagi sebiji rockmelon selalunya bergantung kepada kualiti buah tersebut di pasaran.Ianya mungkin mencecah RM 10 per kg hingga RM 2 per kg.

Tahukah anda di Japan, Yubari Melon atau nama rasminya Yubari King Melon adalah buah melon yang termahal di pasaran.Malah mungkin tersenarai sebagai sepuluh makanan termahal di dunia.
Kadar harga biasanya antara 6000 yen 15 000 yen sebiji (atau dalam RM 180 hingga RM 450 ,jika kadar 100 yen = RM 3.00).


Harganya boleh mencecah lebih tinggi jika Yubari melon di'packing' dan dijual dalam bentuk hadiah.Mengikut sumber, harga tertinggi yang pernah terjual untuk Yubari Melon ini adalah semahal
2 000 000 yen (atau RM 60 000....tak terlebih 'zero' ke ni....dah boleh dapat sebiji kereta) untuk sepasang Yubari melon.


Bayangkan jika dijual di negara kita,ada ke orang nak beli.
Segalanya mungkin....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP