November 21, 2010

PUTIK BUAH.

Memang menjadi kebiasaan RiverOrchAgro setiap 'weekend morning' menjenguk MyHaLAMAN terlebih dahulu sebelum start aktiviti lain hujung minggu.Perhatikan apa patut sama ada re fill balik tong baja, bersihkan kawasan MyHaLAMAN atau aktiviti yang sama waktu dengannya.Jika ada keutamaan lain yang perlu dibuat terlebih dulu, aktiviti di MyHaLAMAN selalunya akan di'cover' pada petang sunday.

Menanam melon memang banyak kerja perlu dilakukan terutama bila sudah berbuah.Pokok perlu dicantas untuk membuang cabang cabang atau sulur sulur yang tidak diperlukan supaya unsur baja lebih tertumpu pada buah berbanding daun atau cabang.Menjadikan pokok sibuk membesarkan buah berbanding sibuk membuat cabang dan daun baru.

Pokok Melon di MyHaLAMAN untuk kali ini banyak yang diserang sakit dan terpaksa dihapuskan sebahagiannya.Ini gara gara tiada kawalan penyakit terutama penyakit kulat dari peringkat awal. Sebahagiannya masih dibiarkan nak tengok sampai jadi buah.Selalunya RiverOrchAgro akan sangat sangat meminimumkan penggunaan kawalan penyakit di MyHaLAMAN.

Melon telah berputik berbalut seperti di bawah :

PUTIKPUTIK

Hanya tinggal banyak ni sahaja sekarang.Sebahagian pokok terpaksa dibuang dek jangkitan penyakit dan bagi menyelamatkan media dalam polibeg daripada terus menyimpan virus penyakit kulat.

Nota :
Jika anda tidak 'masuk' dengan susunan gambar gambar di atas.Anda bebas men'drag' nye ke mana susunan yang anda rasakan sesuai.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP