May 23, 2010

PERCUBAAN CILI DITAMATKAN vs OUTSTATION

Dua minggu lebih, RiverOrchAgro tak update blog ni. Sibuk kebelakang ini dengan kerja utama menyebabkan tiada post baru.Untuk makluman, percubaan kali ini sudah diberhentikan bila mana buah cili sudah menjadi merah pada beberapa dahan.Target setakat itu sahaja untuk percubaan kali ini.
Update bergambar untk keadaan pokok sebelum dibuang seperti di bawah.


Buah cili sudah merah dan dipetik beberapa kali.RiverOrchAgro akan mencuba lagi di lain musim selepas ini.

Untuk makluman ,beberapa minggu ini,RiverOrchAgro perlu outstation atas urusan pejabat.Outstation selama beberapa  minggu bermula hujung minggu lepas.Selama beberapa minggu ini urusan di RiverOrchAgro akan dihentikan bagi pembelian barangan fertigasi.Namun untuk pertanyaan dan pendapat masih boleh dihubungi melalui email , cuma reply akan delay atau lambat sedikit dari pihak RiverOrchAgro.

Outstation kali ni,RiverOrchAgro dihantar ke negara matahari terbit untuk berkursus dan bekerja di sana untuk beberapa minggu.Dikongsikan seperti
di bawah sebahagian dari suasana di sini.



Subway station dari Narita Airport ke Shinagawa.Gambar kanan ialah tempat duduk train ekspress ke Shinagawa (lengkap dengan info ....).Gambar bawah pemandangan dari lobby hotel di tingkat 16.Hotel RiverOrchAgro duduk ni bermula dari tingkat 16.Tingkat 16 ke bawah adalah pejabat.

Sekarang adalah di penghujung musim bunga dan seminggu dua lagi mungkin sudah bermula musim panas.

Weekend pertama di sini,RiverOrchAgro dan rakan rakan sepejabat pergi round round pekan berdekatan sini.Sampai juga ke Asakusa setelah 30 minit lebih naik train.Asakusa boleh dikatakan macam Centre Market (CM) di Malaysia.Banyak barangan tradisional dan beberapa lokasi menarik sekitarnya.


Sebenarnya ini kunjungan beberapa kali ke Jepun.Sebelum ini RiverOrchAgro ke negara matahari terbit semasa zaman student selama beberapa tahun.

RiverOrchAgro akan update lagi selepas ini jika ada kelapangan masa.Nantikan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP