May 10, 2010

CILI MERAH

Setelah bunga gugur,diserang dek lalat buah,dahan patah ditiup angin dan sebagainya,pada weekend lepas buah cili yang masih ada, sudah bertukar menjadi merah.Buah yang berada di dahan yang patah minggu lepas adalah yang pertama menjadi matang merah.Gambar seperti bawah pada hari sabtu.

Pada hari ahad buah menjadi merah masak sepenuhnya dan dipetik.Dalam pemerhatian RiverOrchAgro buah cili akan menjadi merah dengan cepat jika cuaca dalam keadaan panas.Sebiji buah cili berat dalam 15g ke 20g.Ini dikira buah yang ringan kerana target RiverOrchAgro adalah dalam sekitar 22g.Inilah hasil pertama untuk percubaan kali ini.Walau agak terlewat dengan pelbagai hal,akhirnya buah cili merah muncul.
Bagi percubaan brocolli,semua pokok tidak menjadi bunga brocolli seperti diharapkan.Pada RiverOrchAgro mungkin faktor cuaca panas yang tidak bersuaian,benih brocolli dan baja fertigasi cili tidak sesuai untuk bunga brocolli.Dalam pemerhatian,mungkin tanaman berdaun sesuai di'integrasi'kan dengan cili seperti sawi atau daun sup.Mungkin lepas ini RiverOrchAgro akan mencuba cili dan daun sup pula.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP