May 2, 2010

CABANG DAHAN CILI PATAH

Hujan angin yang kuat pada hujung minggu ini pada sabtu dan ahad menyebabkan pokok pokok cili di MyHaLAMAN mengalami patah patah dahan.Cabang dahan yang berat dengan buah buah cili menunggu masak telah patah dan tidak dapat diselamatkan.Ianya terjadi betul betul sebelum sempat RiverOrchAgro mengikat dahan pokok berbuah yang memang dirancang pada hujung minggu ini.

Keadaan pokok yang patah cabang dek kene hujan lebat seperti di bawah.Pada hari sabtu pagi selepas hujan bermula petang jumaat hingga malam :

Pada hari ahad lebih banyak yang patah selepas hujan malam minggu.




Buah cili yang terlibat seperti di bawah untuk hari sabtu dan ahad.

                                          Hari ahad.
Hari sabtu.


Pada hari sabtu, jumlahnya sedikit dan buah lebih kecil.Manakala untuk hari ahad,buah cili yang sedang menuggu masak dalam jumlah lebih banyak.Apabila dikira jumlah semua buah cili terlibat ialah dalam kuantiti 240 biji termasuk yang kecil dan besar.Inilah akibatnya terlambat mengikat dahan dahan pokok cili berbuah matang.

Kalau diikutkan RiverOrchAgro memang nak dihapuskan sahaja pokok terbabit dan pokok pokok lain kerana sudah dikira tersasar untuk dibuat data rujukan percubaan kali ini terutama dari segi hasil sepokok,pemulihan pokok bermasalah dan sebagainya.Tetapi memandangkan masih terdapat buah,maka kita tunggu seminggu dua lagi.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP