March 7, 2010

MyHaLAMAN : BUNGA CILI GUGUR.

Percubaan MyHalaman untuk kali ini sudah masuk 6 minggu atau sebulan dua minggu lepas pindah ke polibeg.Nampaknya untuk percubaan kali ini setakat hingga hari ini sudah tidak mencapai matlamat atau target.Bunga pada cabang pertama gugur selepas tangkai kekuningan.Bunga gugur sebelum manjadi putik juga berlaku pada cabanag ke dua dan cabang ketiga.Mungkin ke cabang ke empat.


                              Keadaan selepas 6 minggu ( Sebulan dua minggu ).

Percubaan meningkatkan kadar kepekatan baja melalui bacaan EC yang tinggi sehingga 2.8mS/cm selama seminggu setengah di mana di masa itu bunga cabang pertama,kedua dan ketiga sedang mula berbunga mungkin salah satu penyebab selain faktor faktor yang diterangkan kemudian.Pokok memang terlalu 'sihat' dan daun daun muda menjadi hijau tua malah pucuk baru menjadi hijau tua dengan cepat. Pokok brocolli berdekatan pun sungguh sihat jadinya.Selalunya semasa pokok mula berbunga bacaan EC ialah sekitar 1.5mS/cm ke 1.6mS/cm sudah memadai.Inilah percubaan namanya kita kene bersedia dengan sebarang kemungkinan.


 




Tangkai bunga kekuningan selepas mekar dan gugur sebelum menjadi putik (gambar atas) .
Ada juga cabang bawah berputik manakala cabang atas bunga kekuningan. (gambar bawah).


Sebagai langkah pembaikpulihan, bacaan EC diturunkan ke kadar biasa 1.5uS dan polibeg disiram dengan air kosong untuk menghilangkan baja pekat yang mungkin masih ada di media tanaman terutama yang yang berada di zon akar.

Sebenarnya symptom tangkai bunga menjadi kekuningan selepas mekar dan gugur sebelum manjadi putik berlaku juga di ladang besar.Ini terutama pada cabang pertama malah cabang kedua.Keadaan ini akan merugikan pengusaha.Bayangkan jika ada empat ribu (4000) pokok dalam kawasan seluas satu ekar dan semua cabang kedua gugur,berapa banyak cili akan 'hilang'.

Bayangkan :
  a) (4000 cabag pertama) + 4000 x2 ( untuk dua buah di cabang kedua paling kurang)
   = 12 000 cili

b) 12 000 x 22 g ( katakan cili F1 568 berat yg standard ialah 22g )
   = 264 000g = 264 kg .

c) 264 kg x RM 4 ( contoh harga ladang average cili setahun )
  = RM 1056.

Dan pastinya jika jumlah polibeg lebih banyak,maka lebih banyak 'RM yang gugur'.Bagi RiverOrchAgro , buah cabang pertama amat penting dari segi psikologi.


Banyak faktor yang menyebabkan symptom ini berlaku .Antaranya yang RiverOrchAgro perhatikan sepanjang percubaan di MyHaLAMAN:

1.Kesihatan AKAR POKOK yang mungkin terjejas yang memungkinkan ia  tidak dapat ‘menarik' nutrien baja secukupnya untuk dibawa ke pokok.Bacaan pH  baja  dan media tanaman yang bersesuaian amat penting.pH baja dan media tanaman masam beralkali atau berasid perlu dinuetralkan kembali supaya AKAR SIHAT.

2.Kekurangan unsur Ca dan Mg yang lebih diperlukan di waktu peralihan dari tahap pokok ‘MEMBESAR’ ke pokok ‘BERBUAH’ (Vegatative period ke Productive period).Unsur Boron juga diperlukan lebih di waktu ini.Setelah step 1)  dilakukan , unsur Ca dan Mg boleh dilebihkan dalam bancuhan baja.Manakala unsur Nitrogen*  perlu dikurangkan. Semburan foliar Ca dan Boron juga boleh lakukan.Bermula minggu ini,RiverOrchAgro mencuba gunakan baja foliar sahaja terlebih dulu.
(AWAS* : Ca,Pottasium dan Mg adalah ber'simbiosis' antara satu sama lain).


3.Ejen dan faktor debunga cili yang kurang.Untuk MyHaLAMAN,  oleh kerana jumlah tanaman yang  sedikit,egen debunga menjadi kurang .Dalam keadaan tertentu serangga kelulut hanya akan datang bila mana cabang dua dan tiga ke atas mula berbunga.Tiupan angin juga bertindak sebagai pembantu pendebungan.Lagi banyak angin lebih peluang pendengugaan berlaku.

Inilah salah satu kelebihan MyHaLAMAN Fertigasi,kita boleh membuat pelbagai cubaan dan pemerhatian sebelum di'apply' di ladang.RiverOrchAgro masih memerhatikan perkembangan symptom keguguran bunga ini.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP