March 31, 2010

BUNGA DAN PUTIK CILI KEMBALI

Sudah masuk tiga minggu dari bunga mulai gugur hingga ahad lepas.Keadaan pokok cili sekarang sudah menampakkan pemulihan selepas beberapa langkah diambil.Bunga dan putik mulai melekat kembali.Langkah yang diambil seperti :

1) Semburan foliar Boron -- Semburan dilakukan dalam 2 kali seminggu.Dari pemerhatian memberi kesan yang sedikit pada bunga gugur.

2) Unsur Pottasium ditambah beberapa ppm --- bunga dan putik mulai melekat dengan penambahan unsur ini.Tambahan pottasium dilakukan di bancuhan baja dan diberikan dalam masa seminggu lebih.

3) Langkah menggongcang pokok pengganti tiupan angin sebagai membantu pendebungaan. Keadaan di MyHALAMAN sekarang langsung tiada agen debunga seperti serangga kelulut yang datang.100% adalah dari tiupan angin.

Kepekatan EC meter semasa langkah 1) dan 2) adalah 1.8mS.Mulai minggu lepas EC telah telah dinaikkan ke 2.0mS.Langkah 1) dan 2) sudah dihentikan dan hanya kawaln EC sahaja di lakuakan.Jika bunga gugur kembali,maka 1) dan 2) akan diulang kembali.Keadaan MyHaLAMAN seperti di bawah :

Keadaan selepas tiga minggu pemulihan seperti gambar atas.Pokok sudah mula lekat putik cili (gambar bawah)






















Keadaan sekarang masih belum boleh dikatakan selamat kerana macam macam boleh terjadi di peringkat ini.Serangan penyakit bawaan serangga,kulat dan sebagainya adalah paling mudah menyerang di peringkat ini.
Ada beberapa pokok yang daunnya menjadi kekuningan dan pucuk baru keluar agak lambat pada pokok tersebut.Jika keadaan ini berterusan, bunga baru mungkin tidak akan kelihatan.Ini mungkin symptom kekurangan unsur Nitrogen pada pokok akibat kesan penambahan unsur Pottasium yang diberikan atau penyakit bawaan air hujan memandangkan sekarang hujan agak kerap turun walaupun dalam masa singkat di sebelah petang atau malam.

Sudah kelihatan juga serangan lalat buah pada buah cili yang sedang membesar.Pada beberapa buah cili terdapat kesan suntikan kecil berwarna hitam oleh lalat buah dan apabila dibelah terdapat ulat di dalamnya. RiverOrcchAgro masih memerhatikan keadaan keadaan ini.

Brocolli sudah mengeluarkan bunga selepas dua bulan dalam polibeg.Daun daun di bawah ada yang dibiarkan dan ada yang dibuang untuk melihat perbezaan.Pokok yang daun sebelah bawahnya dibuang menunjukkan pembesaran batang pokok yang lebih ketara berbanding yang tidak dibuang.Bunga brocolli juga lebih cepat membesar di pokok tersebut.




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP