March 31, 2010

BUNGA DAN PUTIK CILI KEMBALI

Sudah masuk tiga minggu dari bunga mulai gugur hingga ahad lepas.Keadaan pokok cili sekarang sudah menampakkan pemulihan selepas beberapa langkah diambil.Bunga dan putik mulai melekat kembali.Langkah yang diambil seperti :

1) Semburan foliar Boron -- Semburan dilakukan dalam 2 kali seminggu.Dari pemerhatian memberi kesan yang sedikit pada bunga gugur.

2) Unsur Pottasium ditambah beberapa ppm --- bunga dan putik mulai melekat dengan penambahan unsur ini.Tambahan pottasium dilakukan di bancuhan baja dan diberikan dalam masa seminggu lebih.

3) Langkah menggongcang pokok pengganti tiupan angin sebagai membantu pendebungaan. Keadaan di MyHALAMAN sekarang langsung tiada agen debunga seperti serangga kelulut yang datang.100% adalah dari tiupan angin.

Kepekatan EC meter semasa langkah 1) dan 2) adalah 1.8mS.Mulai minggu lepas EC telah telah dinaikkan ke 2.0mS.Langkah 1) dan 2) sudah dihentikan dan hanya kawaln EC sahaja di lakuakan.Jika bunga gugur kembali,maka 1) dan 2) akan diulang kembali.Keadaan MyHaLAMAN seperti di bawah :

Keadaan selepas tiga minggu pemulihan seperti gambar atas.Pokok sudah mula lekat putik cili (gambar bawah)






















Keadaan sekarang masih belum boleh dikatakan selamat kerana macam macam boleh terjadi di peringkat ini.Serangan penyakit bawaan serangga,kulat dan sebagainya adalah paling mudah menyerang di peringkat ini.
Ada beberapa pokok yang daunnya menjadi kekuningan dan pucuk baru keluar agak lambat pada pokok tersebut.Jika keadaan ini berterusan, bunga baru mungkin tidak akan kelihatan.Ini mungkin symptom kekurangan unsur Nitrogen pada pokok akibat kesan penambahan unsur Pottasium yang diberikan atau penyakit bawaan air hujan memandangkan sekarang hujan agak kerap turun walaupun dalam masa singkat di sebelah petang atau malam.

Sudah kelihatan juga serangan lalat buah pada buah cili yang sedang membesar.Pada beberapa buah cili terdapat kesan suntikan kecil berwarna hitam oleh lalat buah dan apabila dibelah terdapat ulat di dalamnya. RiverOrcchAgro masih memerhatikan keadaan keadaan ini.

Brocolli sudah mengeluarkan bunga selepas dua bulan dalam polibeg.Daun daun di bawah ada yang dibiarkan dan ada yang dibuang untuk melihat perbezaan.Pokok yang daun sebelah bawahnya dibuang menunjukkan pembesaran batang pokok yang lebih ketara berbanding yang tidak dibuang.Bunga brocolli juga lebih cepat membesar di pokok tersebut.




Read more...

March 19, 2010

PERALATAN FERTIGASI : UPDATE.

Update peralatan fertigasi dan harga dari RiverOrchAgro adalah seperti berikut :

1) Tray semaian 104 lubang : RM 2. 80 / keping.
2) Tray semaian 36 lubang : RM 2.60 / keping 
3) Dripper : RM 0.13 / pcs.
4) Microtube 4mm : RM 20.00 /gulung 80m
5) Nipper ( 1 way ) : RM 0.08 / pcs
6) Nipper 2 way / Jointer 2 way : RM 0.18
7) Dripper set : RM 0.80 / set.
8) *Poli paip 16 mm dgn SIRIM : RM 122.00 /gulung 300m
9) *Poli paip 32mm : RM 100.00 /gulung 100m
10) 32mm / 3/4 " FEMALE T + QAV Traded : RM 6.50 / set
11) Quick Action Valve Traded : RM 1.30 / pcs
12) Quick Action : RM 1.30 / pcs
13) L 16mm : RM 0.35 / pcs
14) T 16mm : RM 0.35 / pcs.
15) End Clip 16mm : RM 0.40 / pcs.
16) Polibeg putih Tebal UV 16" x 16 " : RM 6.70 / kg.
17 ) Polibeg putih 15" x 15" : RM 0.35 / keping.
18 ) Baja Fertigasi cili ( Europe ) 100L : RM 128.00 /set AB.
19 ) Baja Fertigasi cili siap bancuh PEKATAN : RM 2.00 / Liter AB.
20 ) *Baja Foliar : RM 37.00 / Liter

*   Stok terhad.
** Perlu tempahan seminggu.

Sila hubungi RiverOrchAgro untuk harga terkini.Harga mungkin NAIK,tak berubah malah mungkin TURUN.

Terima kasih atas sokongan anda.

Read more...

March 14, 2010

EC METER ROSAK.

Sudah hampir 3 tahun RiverOrchAgro menggunakan EC meter ni.Akhirnya dalam beberapa hari lepas confirm rosak kerana bacaannya yang agak pelik kebelakangan ini.Berbaloi juga rasanya kerana boleh digunakan dalam tempoh yang agak lama.EC meter ni keluaran dari China tapi 'brand' apa RiverOrchAgro tak pasti.

Di bawah ialah EC meter yang RiverOrchAgro gunakan selama ini.































Bacaan yang kekadang tinggi,normal,rendah malah pelik masa 'ON'.Sah confirm rosak.

EC meter memang amat penting dalam sistem fertigasi.Ia digunakan untuk menyukat kepekatan baja dalam tangki baja utama.Terlebih atau terkurang bacaan EC meter dalam masa perkembangan pokok akan memberi kesan pada tanaman fertigasi kita.Mungkin ini salah satu sebab mengapa bunga cili MyHaLAMAN gugur seperti post minggu lepas.

Sentiasalah bersedia dengan peralatan yang secukupnya sebelum memulakan tanaman fertigasi.RiverOrchAgro sudah mendapatkan 'sponsor' untuk EC meter yang baru.Terima kasih.

Read more...

March 7, 2010

MyHaLAMAN : BUNGA CILI GUGUR.

Percubaan MyHalaman untuk kali ini sudah masuk 6 minggu atau sebulan dua minggu lepas pindah ke polibeg.Nampaknya untuk percubaan kali ini setakat hingga hari ini sudah tidak mencapai matlamat atau target.Bunga pada cabang pertama gugur selepas tangkai kekuningan.Bunga gugur sebelum manjadi putik juga berlaku pada cabanag ke dua dan cabang ketiga.Mungkin ke cabang ke empat.


                              Keadaan selepas 6 minggu ( Sebulan dua minggu ).

Percubaan meningkatkan kadar kepekatan baja melalui bacaan EC yang tinggi sehingga 2.8mS/cm selama seminggu setengah di mana di masa itu bunga cabang pertama,kedua dan ketiga sedang mula berbunga mungkin salah satu penyebab selain faktor faktor yang diterangkan kemudian.Pokok memang terlalu 'sihat' dan daun daun muda menjadi hijau tua malah pucuk baru menjadi hijau tua dengan cepat. Pokok brocolli berdekatan pun sungguh sihat jadinya.Selalunya semasa pokok mula berbunga bacaan EC ialah sekitar 1.5mS/cm ke 1.6mS/cm sudah memadai.Inilah percubaan namanya kita kene bersedia dengan sebarang kemungkinan.


 




Tangkai bunga kekuningan selepas mekar dan gugur sebelum menjadi putik (gambar atas) .
Ada juga cabang bawah berputik manakala cabang atas bunga kekuningan. (gambar bawah).


Sebagai langkah pembaikpulihan, bacaan EC diturunkan ke kadar biasa 1.5uS dan polibeg disiram dengan air kosong untuk menghilangkan baja pekat yang mungkin masih ada di media tanaman terutama yang yang berada di zon akar.

Sebenarnya symptom tangkai bunga menjadi kekuningan selepas mekar dan gugur sebelum manjadi putik berlaku juga di ladang besar.Ini terutama pada cabang pertama malah cabang kedua.Keadaan ini akan merugikan pengusaha.Bayangkan jika ada empat ribu (4000) pokok dalam kawasan seluas satu ekar dan semua cabang kedua gugur,berapa banyak cili akan 'hilang'.

Bayangkan :
  a) (4000 cabag pertama) + 4000 x2 ( untuk dua buah di cabang kedua paling kurang)
   = 12 000 cili

b) 12 000 x 22 g ( katakan cili F1 568 berat yg standard ialah 22g )
   = 264 000g = 264 kg .

c) 264 kg x RM 4 ( contoh harga ladang average cili setahun )
  = RM 1056.

Dan pastinya jika jumlah polibeg lebih banyak,maka lebih banyak 'RM yang gugur'.Bagi RiverOrchAgro , buah cabang pertama amat penting dari segi psikologi.


Banyak faktor yang menyebabkan symptom ini berlaku .Antaranya yang RiverOrchAgro perhatikan sepanjang percubaan di MyHaLAMAN:

1.Kesihatan AKAR POKOK yang mungkin terjejas yang memungkinkan ia  tidak dapat ‘menarik' nutrien baja secukupnya untuk dibawa ke pokok.Bacaan pH  baja  dan media tanaman yang bersesuaian amat penting.pH baja dan media tanaman masam beralkali atau berasid perlu dinuetralkan kembali supaya AKAR SIHAT.

2.Kekurangan unsur Ca dan Mg yang lebih diperlukan di waktu peralihan dari tahap pokok ‘MEMBESAR’ ke pokok ‘BERBUAH’ (Vegatative period ke Productive period).Unsur Boron juga diperlukan lebih di waktu ini.Setelah step 1)  dilakukan , unsur Ca dan Mg boleh dilebihkan dalam bancuhan baja.Manakala unsur Nitrogen*  perlu dikurangkan. Semburan foliar Ca dan Boron juga boleh lakukan.Bermula minggu ini,RiverOrchAgro mencuba gunakan baja foliar sahaja terlebih dulu.
(AWAS* : Ca,Pottasium dan Mg adalah ber'simbiosis' antara satu sama lain).


3.Ejen dan faktor debunga cili yang kurang.Untuk MyHaLAMAN,  oleh kerana jumlah tanaman yang  sedikit,egen debunga menjadi kurang .Dalam keadaan tertentu serangga kelulut hanya akan datang bila mana cabang dua dan tiga ke atas mula berbunga.Tiupan angin juga bertindak sebagai pembantu pendebungan.Lagi banyak angin lebih peluang pendengugaan berlaku.

Inilah salah satu kelebihan MyHaLAMAN Fertigasi,kita boleh membuat pelbagai cubaan dan pemerhatian sebelum di'apply' di ladang.RiverOrchAgro masih memerhatikan perkembangan symptom keguguran bunga ini.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP