February 7, 2010

MyHaLAMAN: Integrasi Cili dan Brocolli

Perkembangan untuk MyHaLAMAN RiverOrchAgro ialah percubaan untuk meng'integrasi'kan tanaman cili dengan tanaman lain yang dilakukan antara polibeg. Tanaman yang menjadi pilihan kali ini ialah brocolli. Cili dan brocolli ditanam berselang seli antara satu sama lain di dalam baris yang sama.Oleh kerana tanaman utama adalah cili , baja dan penjagaan lain yang digunakan adalah berdasarkan tanaman cili.

Tujuan utama percubaan adalah mengetahui kesesuaian tanaman cili dengan tanaman lain yang mungkin dapat mengurangkan pergantungan kepada satu jenis tanaman sahaja.Jika di ladang ini mungkin dapat mengurangkan pergantungan kepada hasil cili semata mata terutaman jika harga cili di dalam keadaan yang kurang stabil.


Keadaan pokok cili dan brocolli selepas dua minggu dipindahkan
( gambar atas ).Pokok cili sudah dipasangkan pancang sokongan*.

Cili diselang selikan dalam satu baris dengan brocolli
(gambar bawah ).


Setakat hingga hari ini pokok cili dan brocolli masih dalam keadaan baik.Hujan yang kerap di sebelah petang agak merisaukan RiverOrchagro.

Selain brocolli , kobis (dari keluarga yang sama ),daun sup atau daun bawang mungkin boleh dicuba.Nilai komersial seperti keuntungan per polibeg,kesesuaian tanaman dari segi penyakit sama ada memberi kesan atau tidak kepada tanaman utama dan lain lain faktor perlu diambil kira jika ingin dipraktikkan di ladang.

Tiada sebab utama kenapa brocolli menjadi pilihan untuk percubaan kali ini,cuma mungkin RiverOrchAgro suka makan brocolli. Pernah juga terpikir oleh RiverOrchAgro untuk meng'integrasi'kan cili dengan tanaman dedaun kecil lain di dalam polibeg yang sama seperti sawi atau sebagainya.Itu mungkin selepas percubaan musim ini....atau lepas ini RiverOrchAgro akan letakkan 2 ke 3 biji benih sawi di tepi cili tu.


*Nota :
Untuk ladang,sokongan/pancang cili adalah satu batang sahaja yang bersaiz 2 ke 2.5 inci lebar.Dua batang dengan 1 inci lebar hanyalah percubaan RiverOrchAgro.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP