February 21, 2010

INTEGRASI CILI DAN BROCOLLI : SEBULAN PINDAH

Percubaan integrasi cili dan brocolli di MyHaLAMAN sudah masuk sebulan selepas anak pokok dipindahkan ke polibeg.Perkembangan terbaru,pokok cili sudah bercabang dua minggu lepas dan kini bunga sudah kelihatan.Ianya masih dalam spesifikasi dan target yang  RiverOrchAgro tetapkan untuk percubaan kali ini.Selalunya untuk MyHaLAMAN pokok cili, specifikasi RiverOrchAgro adalah :

"SEBULAN dari SEMAI ialah PINDAH.SEBULAN dari PINDAH ialah BUNGA.SEBULAN dari BUNGA ialah BUAH.SEBULAN dari BUAH ialah MASAK atau TUAI."

Bagaimanapun ianya bergantung pada variety cili yang ditanam. Jika di ladang,oleh kerana kadar penerimaan cahaya matahari pagi adalah lebih awal, pembesaran pokok akan lebih cepat.Mungkin seminggu atau dua minggu awal jika dijaga dengan baik.

Gambar seperti di bawah :



Pokok cili selepas sebulan pindah.Pokok cili sudah mula berbunga
(gambar gambar atas).Brocolli juga usia sebulan lepas pindah
ke polibeg (gambar seperti di bawah).





Pokok brocolli dalam keadaan baik.Oleh kerana ini pertama kali brocolli ditanam, tiada data untuk dibandingkan.Tunggu sahaja perkembangannya ya.

Untuk cili , ini adalah masa yang dianggap 'kritikal'.Kerana di waktu inilah terjadinya masa peralihan daripada pertumbuhan daun ke pertumbuhan bunga dan buah.Kepekatan baja fertigasi perlu dipertingkatkan sesuai dengan usia dan keadaan pokok.Baja tambahan seperti Baja Foliar (baja semburan daun) boleh dilakukan untuk menampung sebarang kekurangan atau pertambahan keperluan nutrien untuk pokok.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP