January 30, 2010

MEMAKSIMUMKAN RUANG : Sub-MyHaLAMAN

Ruang yang ada digunakan sepenuhnya.Walaupun agak terhad tapi mungkin boleh buat sesuatu.Untuk itu, RiverOrcahAgro telah 'convert' ruang yang ada di luar pagar untuk cuba menanam dalam kapasiti yang agak padat.Semua aktiviti di Sub-MyHaLAMAN adalah percubaan menanam menggunakan kaedah organik.

 SEBELUM :  Keadaan Sub-MyHaLAMAN dengan serumpun serai kampung.


Oleh kerana tanah di Sub-MyHaLAMAN sebelum ini agak keras dan berbatu, pembaikan tanah telah dilakukan.Antaranya dengan meletakkan bekas media tanaman di MyHaLAMAN yang telah digunakan beberapa musim sebelum ini.Dibiarkan selama beberapa bulan dan beberapa kali digaul dengan baja organik.Ini dapat melembut dan melonggarkan struktur tanah dan menyuburkannya.

SELEPAS : Jagung,Melon,Brocolli,Kobis,Serai kampung.


Jagung : Selepas dua minggu dipindahkan dari tray semaian.
Melon : 2 minggu lepas pindah

( telah menunjukkan tindak balas kepada baja organik selepas
seminggu )

Kobis : Berusia dua bulan.
Brocolli : Sehari pindah.

Sub-MyHaLAMAN ditanam dengan beberapa rumpun serai kampung yang bertindak sebagai pagar.

Oleh kerana ini pertama kali RiverOrchAgro menanam di luar pagar dengan menggunakan kaedah organik, pasti ada sesuatu yang menarik.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP