November 15, 2009

Persediaan untuk MyHaLAMAN FERTIGASI

Oleh kerana tapak percubaan kedua di kampung telah dibersihkan dan dalam perancangan untuk tanaman percubaan musim kedua,aktiviti RiverOrchAgro ditumpukan kepada MyHaLAMAN FERTIGASI.

Minggu ini tapak MyHaLAMAN FERTIGASI depan rumah di'improve'kan dengan menggantikan sistem paip fertigasi yang telah digunakan selama ini.Jika sebelum ini paip 16mm dibahagi dengan sambungan 'T' dan 'L' dan di setiap hujung baris pertama dan kedua terdapat end line dengan menggunakan quick action valve QAV.Tapi untuk kali ini,baja AB akan disalurkan dengan satu paip 16mm sahaja.Ini bermakna hanya terdapat satu end line valve.Oleh kerana paip 16mm adalah lembut dan boleh dibengkokkan,baris pertama dan kedua disambung dengan membengkokkan paip tersebut.


























Baris pertama dan kedua disambung dengan membengkokkan paip 16mm dari baris pertama dihujung barisan ke barisan kedua dan end line menggunakan satu QAV.

Dengan sambungan cara ini :

1) Aliran disetiap polibag adalah lebih sekata berbanding sambungan sebelum ini dimana polibag
dihujung akan mendapat lebih banyak air dari polibag yang terdekat.

2) Sambungan 'L','T' dan QAV dapat dikurangkan sekaligus lebih menjimatkan.

Memandangkan masih musim hujan,MyHaLAMAN dibiarkan kosong dahulu untuk seketika.
Percubaan selepas ini mungkin tanaman cili yang berintegrasi dengan tanaman dedaun yang sesuai.

Diharap dengan 'improve' nya MyHaLAMAN,RiverOrchAgro akan lebih bersemangat mengadakan percubaan pelbagai tanaman dengan sistem fertigasi.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP