September 23, 2009

DUA BULAN SEMINGGU.

Usia pokok sudah hampir dua bulan dari pindah ke polibag.Keadaan pokok seperti di bawah

Pokok sudah lebat berbuah
















Seperti diduga,oleh kerana pemasangan pancang tidak dilakukan kali ini ,dahan pokok patah dek berat buah yang ditanggung.Banyak pokok yang patah dahan dibiarkan kerana buah sedang membesar.
















Jika buah di cabang pertama adalah 'bonus',dua buah di cabang pertama boleh dianggap 'double' bonus.Ada beberapa pokok yang berbuah dua dicabang pertama.



























Lagi pasangan romantik di cabang pertama.














Lagi pokok dengan dahan patah namun masih mampu berbuah dua di salah satu cabang.
















Buah akan dibiarkan matang sedikit sebelum dituai,mungkin lagi seminggu lebih..Buah akan ditui dalam keadaan matang hijau bagi mengelak pokok menjadi lebih parah kerana berat buah.Pokok pokok akan dihapuskan selepas itu.

Read more...

September 13, 2009

SEBULAN TIGA MINGGU

Sudah agak lama tak update blog ini.Minggu lepas saya balik Tepeng.Dalam perjalanan balik dari Tepeng ke Shah Alam,saya singgah di kampung nak jenguk tapak percubaan ke dua di sana.Nak tau gak dan tengok apa perkembangan di sana setelah beberapa minggu pokok dipindahkan.Kalau tak silap sudah sebulan tiga minggu selepas anak pokok dipindahkan ke polibag.'Mungkin dah mula berputik kot...' itu fikiran dalam kepala saya.

Keadaan pokok selepas sebulan 3 minggu seperti di bawah.













Barisan pokok selepas sebulan tiga minggu dalam polibag.Pokok pokok sudah berputik dan dalam keadaan sihat.Alhamdullilah tiada yang kerinting.


















Pokok dah mula berputik dan ada yang berbuah dua inci panjang.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP