August 8, 2009

SEDIA UNTUK DIHAPUSKAN.

Minggu ini sudah masuk minggu kedua anak pokok dipindahkan ke dalam polibag.Jumlah semua adalah 70 pokok. Walaupun seakan sesetengahnya sudah mula diserang serangga dan menjadi kerinting,secara keseluruhannya masih boleh dikatakan berada dalam keadaan baik.Target tidak diletakakan kepada pokok pokok ini.Ia hanya sebagai pengenalan untuk menunjukkan bagaimana penanaman cili menggunakan sistem fertigasi berjalan.

Oleh kerana peringkat usia antara 70 pokok pertama dan pokok yang bakal dipindahkan adalah berbeza ,saya membuat keputusan untuk menghapuskan kesemua 70 pokok terbabit.Ini bagi mengelakkan penjagaan yang agak susah jika usia pokok berbeza.Kerja meracun akan menjadi sukar kerana jika meracun dilakukan di pokok yang sudah agak besar dan dalam pada yang sama terdapat pokok yanag masih kecil di kawasan berhampiran,dibimbangi pokok yang kecil akan mati kerana terlebih sukatan racun.

Memang terasa agak sayang kerana pokok sudah pun bercabang dan bayang bunga sudah kelihatan,tapi keputusan ini diambil juga.Lagipun projek ini hanya percubaan dan jumlah pokok tidak lah banyak.Saya akan menyemai kembali minggu depan untuk semua 150 polibag.Pindahan akan datang akan dilakukan dengan serentak ke setiap polibag selepas 3 ke 4 minggu semaian.Mencuba biarlah dengan cara yang betul....ini ayat menyedapkan hati sendiri.


Pokok pokok berusia dua minggu selepas pindah seperti di bawah.Pokok dah mula bercabang dan sudah mula menampakkan bakal bunga di celah celah cabang.
Inilah keadaan pokok selepas dua minggu dipindahakan ke polibag.Agak mengejutkan pokok dah nak keluar bunga di celah celah cabang.

Red kulai 151 ini pokoknya lebih kecil daripada S469 yag pernah dicuba sebelum ini.


Pokok Red kulai 151.Daun lebih kurang sama besar dengan S469.
Pokok kecil berbanding 568.











Sudah kelihatan bayang bayang bunga di celah celah cabang.
















Tapi kesemua pokok ini akan dihapuskan untuk memberi laluan kepada anak benih yang bakal disemai minggu depan.Buat sementara kawasan percubaan hanya deretan polibag tanpa tanaman.'Check' dan penilaian semula sistem fertigasi yang telah disiapkan bolehlah dilakukan.Penambahbaikan akan dilakukan jika ada kekurangan sana sini.

Selepas ini pemindahan akan dilakukan serentak dalam satu masa.Biar pokok membesar sekata dan baru sedap mata memandang.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP