August 30, 2009

105 PEMAIN SIMPANAN

Minggu lepas saya menerima panggilan telefon dari orang tua di kampung mengatakan paiping sistem fertigasi di tapak percubaan kedua ada sedikit kerosakan dan masalah.Agak tidak pasti apa yang menjadi masalah sebenarnya.Paip utama ke sub paip ke atau bahagian dripper.Oleh kerana dalam fikiran saya,pokok di dalam polibag di tapak percubaan kedua semua telah tiada dan sudah dihapuskan,maka tidaklah merisaukan jika ada sebarang masalah kepada sistem fertigasi tersebut.Ialah tiada pokok untuk dijaga buat sementara waktu ini.Kalau tak silap sudah tiga minggu saya tak menjenguk tapak percubaan kedua di kampung.

Tapi setibanya di kampung , 'suprise' juga bila melihat hampir 105 polibag telah terisi dengan pokok cili 151.Bila ditanya mana dapat anak pokok pokok berkenaan,orang tua saya memberitahu itulah baki anak pokok yang disemai dulu.Sayang nak dibuang dah 3" ke 4" tinggi katanya.

Baru saya teringat,baki semaian untuk 70 pokok yang dibuang sebelum ini masih ada sedikit dalam tray semaian.Dan saya juga ada menyemai satu tray untuk menunjukkan cara menyemai benih dalam tray semaian dilakukan sebelum ini.Tray tersebut dijaga hingga bercambah dan anak pokok membesar hingga boleh dipindahakan.Selain itu saya juga ada memberitahu serba sedikit macammana membancuh baja,meracun dan penjagaan pokok cili.Melihat semangat orang tua tu menjaga pokok pokok berkenaan,saya mengambil keputusan untuk meneruskan 105 pokok ini hingga besar dan lihat hasilnya nanti.Tak pe orang tengah bersemangat kita bagi moral support.

Keadaan 105 pokok setelah 3 minggu dipindahkan seperti di bawah













105 polibag terisi dengan pokok cili F1 151 yang berusia 3 minggu lepas pindah.Pokok dah bercabang dan nak mula berbunga.

















Pokok dah mula berbunga.













Beberapa baris untuk 70 pokok yang dihapuskan sebelum ini ada yang sudah terisi dan sebahagian lagi hanya polibag kosong tanpa pokok.Cukuplah sebanyak 105 pokok untuk kali ini.


















Oleh kerana baja yang digunakan agak tinggi bacaan EC nya (atau pun lebih pekat),daun daun pokok lebih berwarna hijau gelap berbanding pokok sebelum ini.Pokok masih dalam keadaan sihat dan baik.


Kita lihat perkembangan 105 pemain simpanan ini di post yang seterusnya
.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP