June 27, 2009

MENYEMAI BIJI BENIH (part 1).

Setelah kenal alatan fertigasi,langkah berikutnya ialah menyemai biji benih.Oleh kerana tempoh masa untuk memindah anak pokok cili ke polibag adalah lebih kurang sebulan,waktu menyemai dan penyediaan kawasan tanaman serta keperluan lain perlu dirancang dengan berhati hati.Ini bagi memastikan segala proses berjalan lancar.
Seperti dijadualkan,hari ini saya akan mula menyemai biji benih cili kulai 151.Menyemai merupakan prosess yang penting bagi memastikan kejayaan percubaan kali ini.Langkah yang dilakukan untuk menyemai ialah seperti berikut :

1) Merendam biji benih.

Biji benih perlu direndam dalam masa tertentu untuk melembutkan lapisan keras di bahagian luar yang menutupi biji benih supaya memudahkan 'pecah mata' benih.Jangka masa merendam bergantung pada jenis benih.
Untuk rawatan dari serangan penyakit kulat
kepada bakal anak pokok,racun kulat 'THIRAM' boleh dicampurkan (sila baca sukatan dilabel untuk kuantiti diperlukan).Walaubagaimanapun,ada sesetengah pengeluar sudah melakukan rawatan ke atas biji benih.Jika tak pasti,adalah lebih baik dilakukan rawatan tersebut.

Biji benih direndam dalam air 'suam kuku' selama semalaman.
Tips: Merendam hingga bij
i benih hingga agak menggelembung dan keluar sedikit
akar akan m
emudahkan pecah mata.




2) Tos setelah rendam untuk mengeringkan biji benih. Tos untuk mengeringkan biji benih.Penapis teh bole digunakan.

Keringkan dengan tos biji benih.Penapis teh bole digunakan.

3) Jemur dulu.
Setelah ditoskan,biji diletakkan dalam tisu atau suratkhabar lama dan bungkus. Masukkan dalam plastik dah hembus hingga kembung.Ikat dan letak balutan plastik dibawah panas matahari untuk beberapa jam.






Gulung,masuk dlm plastik,hembus,ikat dan jemur dulu....


Perhatian :
Langkah 3) hanya alternative,saya pernah menyemai tanpa langkah ini,namun tiada
kesan yang ketara pada kadar
pertumbuhan anak pokok.


4) Menyemai

Menyemai akan disambung post seterusnya.Tunggu....


















0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP